Kejadian tembakan rambang di universiti di Rusia pada hari Isnin, 20 September telah menyebabkan suasana panik berlaku di sana. Sebahagian pelajar lari bertempiaran, manakala sebahagian lagi telah bertindak melompat keluar dari tingkap.

Setakat berita ini dilaporkan, kejadian yang berlaku di Perm State University itu sekurang-kurangnya telah mengorbankan lima orang dan beberapa lagi orang cedera. Suspek tembakan rambang dilaporkan telah memasuki kawasan universiti dengan memakai pakaian hitam, termasuk topi keledar dan membawa pistol berjalan ke sekitar kampus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/rentvchannel/status/1439859725278011396?ref_src=twsrc%5Etfw

Dari video yang dimuat naik oleh Saluran TV REN di Twitter, kelihatan para pelajar dan pensyarah membuang barang dari tingkap bangunan di kampus, kemudian melompat untuk menyelamatkan diri dari penembak.

Salah seorang profesor University of Perm, Ivan Pechishchev, mengatakan kepada media tempatan bahawa dia melihat pelajar berlari dari kawasan terbabit dan sebahagian  pula melompat keluar dari tingkap banggunan.

https://twitter.com/rentvchannel/status/1439844137356955654?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1439844137356955654%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.kompas.com%2Fglobal%2Fread%2F2021%2F09%2F20%2F162433070%2Fvideo-penembakan-di-universitas-rusia-mahasiswa-panik-lompat-dari-jendela

“Saya mendengar tembakan, semua orang mula berselerak ke arah yang berbeza. Saya pergi ke pelajar saya di bangunan kedua dan terus mendengar tembakan.” Menurut Prof Pechishchev, terdapat sekitar 10 bangunan di kampus University of Perm.

Mimpi bunuh orang

Timur Bekmansurov, berumur 18 tahun adalah suspek utama kejadian tembakan rambang yang membunuh orang awam. Dia bertindak sedemikian kerana telah bermimpi membunuh ramai orang. Dia juga difahamkan adalah seorang pelajar tahun satu bagi jurusan sains forensik dan baru sahaja 10 hari mendaftar di universiti tersebut.

Bekmansurov telah menerbitkan rancangan dan persiapannya untuk kejadian tembakan rambang tersebut. Media melaporkan bahawa dia telah menulis di media sosial tempatan yang disebut VKontakte bahawa tindakan beliau ini adalah berdasarkan mimpi dan tidak mempunyai apa-apa motif politik atau agama.

Jurucakap kementerian dalam negeri Rusia mengatakan kejadian tembakan rambang tersebut berjaya dikawal oleh seorang polis muda yang melihat Bekmansurov menuju ke kampus dengan membawa senjata api.

Bekmansurov dikatakan telah mengalami kecederaan dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak polis. Pegawai hospital yang merawat Bekmansurov menyatakan bahawa dia terluka teruk, namun masih bernyawa.

Pada temasya Olimpik Tokyo yang berlangsung tahun ini, jurulatih Rusia menyuarakan ketidakpuasan hatinya apabila atlet Israel dinobatkan sebagai pemenang walaupun beberapa kali melakukan kesalahan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Atlet Israel Buat Salah Pun Boleh Menang Emas, Jurulatih Rusia Dakwa Hakim Olimpik Terima Rasuah?

Pegawai Wanita Rusia Yang Bekerja Di Malaysia Ini Tidak Mahu Balik

Selamatkan ‘Bayi Lahir Di Hotel’, Kedutaan Rusia Ucap Terima Kasih Buat Dua Anggota PDRM