Sebut sahaja Ransomware WannaCry saya pasti ramai daripada anda sudah tahu mengenai serangan yang berjaya membuatkan majoriti pengguna Windows menjadi panik ini.

Setakat ini, lebih 150 negara telah terlibat dan dikhabarkan 99% pengguna yang terlibat dengan serangan ini menggunakan Windows 7. Selain daripada itu, muncul pula khabar angin yang mengatakan Android juga berpotensi untuk terkena serangan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan penjelasan daripada CNET, Sekiranya anda menggunakan Android versi 4.4 dan keatas, patch security yang disediakan Google sudah cukup untuk memastikan telefon pintar anda tidak ‘dijangkiti’ dengan serangan WannaCry ini. Adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan Android versi terbaru iaitu Android 7.0 Nougat.

Memandangkan majoriti pengguna Android kini menggunakan versi 4.4 dan keatas, serangan WannaCry ini kemungkinan tidak akan tersebar dengan luas. Buat anda yang menggunakan Android versi 4.4 dan kebawah, potensi untuk anda terkena serangan ini sekiranya mula menyerang Android pastinya ada disebabkan tiada lagi kemaskini security update daripada Google.

Walaubagaimanapun, Setakat ini anda tidak perlu risau mengenai serangan ini sebabnya serangan ini masih belum menular buat peranti Android.

sumber: Soyacincau

Harus diingatkan juga, mesej seperti yang tertera diatas juga merupakan mesej palsu dan tidak benar sesama sekali. Virus Wannacry cuma tersebar melalui pengguna Windows sahaja dan bukan pengguna Android mahupun iOS. Begitu juga transaksi online seperti Cimb Clicks dan Maybank2U yang sememangnya disahkan selamat untuk digunakan.

Untuk pengetahuan anda, WannaCry menyerang pengguna Windows disebabkan kurangnya sekuriti yang mantap. Tidak dilupakan juga ramai diantara pengguna Windows yang menggunakan Windows versi cetak rompak dimana versi ini gagal untuk mendapatkan kemaskini terbaru daripada Windows.

Sumber