Sebut sahaja jenama telefon pintar mampu milik dan berbaloi untuk dimiliki pastinya jenama realme antara yang menjadi sebutan ramai. Mana tidaknya, berjaya konsisten mengeluarkan model terbaru beserta promosi antara yang membuatkan jenama ini mengumpul sejumlah besar pengguna.

Kali ini, realme sekali lagi tampil dengan model terbaru edisi terhad iaitu realme 7 Pro Special Edition. Sesuai dengan namanya, model ini dikhaskan buat mereka yang mahukan lebih kuasa serta spesfikasi yang lebih mantap untuk penggunaan seharian.

1. Rekaan

ezgif-1-bcfaa62c9849

Dari segi rekaan, model realme 7 Pro Special Edition berkongsi rekaan yang hampir sama seperti realme 7 dengan penyertaan kamera hadapan di atas skrin. Model ini dilengkapi dengan skrin SUPER AMOLED 6.5-inci full-HD+.

Menariknya menerusi realme 7 Pro Special Edition, pengguna bukan sahaja ditawarkan dengan model serba lengkap serta mampu milik, penawaran kemasan premium pada bahagian belakang menerusi warna Horizon Orange.

Gabungan warna putih beserta oren dengan kemasan material Vegan Micrograin Leather pastinya membuatkan model ini lebih selesa untuk dipegang untuk kegunaan sepanjang hari.

9bda72b0821705b009f66bd334ee960f2a7f50f7

Difahamkan dalam usaha untuk menawarkan yang terbaik buat para pengguna, pihak realme terpaksa menjalankan hampir 14 proses dalam menghasilkan material kulit yang nipis dan berkualiti untuk para pengguna.

Selain itu, penjenamaan realme pada bahagian belakang realme 7 Pro Special Edition juga telah ditempa secara berasingan dengan efek metalik sebelum digabungkan bersama dalam membuatkan realme 7 Pro Special Edition tampil unik dan premium.

2. Spesifikasi

gsmarena_001 (1)

Mengulas dari segi spesifikasi, realme nyata tidak mengecewakan pengguna dengan penawaran processor Qualcomm Snapdragon 720G SoC beserta RAM 8GB dan 128GB ruang storan. Berdasarkan kapasiti ruang storan yang ditawarkan, pastinya tiada lagi masalah buat para pengguna untuk menyimpan fail tanpa merisaukan soal kapasiti ruang storan yang cepat penuh.

3. Pengecasan pantas 65W SuperDart Charge

1303190568456683520

Seperkara lagi yang membuatkan orang ramai memilih model ini sudah pastinya disebabkan realme 7 Pro Special Edition dilengkapi dengan pengecasan pantas 65W SuperDart Charge. Menawarkan kapasiti 4,500mAh, para pengguna nampaknya tidak perlu menunggu lama untuk memastikan model ini dapat dicas sehingga penuh.

4. Kamera Dengan Filter AI yang menakjubkan

gsmarena_000

Dari segi kamera, model ini turut dilengkapi dengan empat kamera belakang terdiri daripada sensor 64-megapixel, 8-megapixel dan dua kamera 2-megapixel. Kamera hadapan pula dilengkapi dengan sensor sebesar 32-megapixel. Dalam erti kata lain, anda tidak lagi perlu risau untuk mendapatkan gambar yang terbaik di setiap foto yang diambil menerusi penawaran lensa yang pelbagai.

Bukan itu sahaja, menerusi model keluaran pada kali ini, realme turut memperkenalkan filter AI Color buat pertama kali yang mampu mengesan subjek pada gambar serta mengubah mengikut kecerdasan AI dalam menawarkan gambar yang lebih menarik dan awesome.

Filter seperti Potrait Mode, Forest Green, Flamingo,Cyberpunk dan Modern Gold antara yang tersedia. Oh ya, fungsi Night Mode yang tersedia pada model ini juga nyata tidak mengecewakan. Berikut merupakan sampel gambar daripada realme 7 Pro Special Edition.

1305443942061309952
potrait mode
1305419117943062528
Filter Forest Green
1305417666671935488
Filter Flamingo
1305417392947462144
Filter Modern Gold
1305417521209278464 (1)
Filter Cyberpunk
1305437229388136448
Night mode
1305444870415974400
Night mode

5. Harga Yang Berbaloi

realme 7pro Special Edition

Hadir dengan rekaan yang premium serta spesifikasi yang hebat, siapa sangka realme berjaya menawarkan model ini dengan harga serendah RM1,499 sahaja. Bukan itu sahaja, bersempena dengan 28 Oktober ini, realme bakal menawarkan model ini dengan kemasan wanra Horizon Orange.

Berdasarkan penjualan ini, model keluaran sememangnya laris bagai pisang goreng panas sebaik sahaja dilancarkan pada platform atas talian. Kami cadangkan anda untuk bersedia lebih awal untuk menjadi yang terawal memiliki realme 7 Pro dengan warna Horizon Orange ini. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya di laman rasmi Shopee realme bermula 28 Oktober ini.

Sebelum itu, tonton juga review penuh realme 7 Pro yang hadir dengan dwi-pembesar suara Stero Dolby Atmos sebelum anda mendapatkannya secara rasmi.

Vocket Review: Dwi-Pembesar Suara Stereo Dolby Atmos realme 7 Pro Yang Mengagumkan

realme Mahu Beri Anda Telefon Pintar Semudah Memesan Ayam Goreng KyoChon

Vocket Review: [GIVEAWAY] realme Hadir Dengan Produk Penjagaan Diri Yang Memang ‘Cool’