Setahun dinantikan pengguna, akhirnya pada minggu lalu Samsung telah melancarkan siri terbaru daripada Galaxy S-series iaitu Samsung Galaxy S21. Model yang diperkenalkan ini secara tidak langsung menjadi model flagship terbaru bersama Samsung Galaxy S21+ dan Samsung Galaxy S21 Ultra.

Menerusi keluaran pada tahun ini, model ini dilihat menawarkan lebih banyak pembaharuan buat para pengguna yang sekaligus membuatkan model ini berbaloi untuk dimiliki dalam tempoh yang panjang. Berikut antara sebab utama Samsung Galaxy S21 bakal membuatkan orang ramai terpikat.

1. Exynos 2100

samsung-exynos-2100_ff2q

Sebut mengenai telefon pintar flagship daripada Samsung, pasti ramai yang cukup tahu jenama ini lebih selesa untuk menggunakan cip Exynos. Pada kali ini, cip pemprosesan Exynos hadir dengan model Exynos yang menawarkan lebih kuasa buat para pengguna serta jenama pesaing.

Exynos 2100 merupakan cip 5nm yang terdiri daripada cip Cortex-X1, tiga cip Cortex-A78, and empat cip Cortex-A55. Cip ini direka khas untuk menawarkan kuasa yang efisien dengan penjimatan bateri sebanyak 20%. Dalam erti kata lain, para pengguna pastinya sukar untuk mengalami masalah melibatkan battery drain dan sebagainya.

2. Sensor kamera 108-megapixel

ISOCELL-HM3-PR_dl0

Dalam mendapatkan telefon pintar, pastinya kualiti kamera antara yang menjadi ukuran. Samsung juga nampaknya tidak terkecuali dalam menawarkan yang terbaik buat para pengguna pada kali ini menerusi model Samsung Galaxy S21.

Menerusi model ini, siri Samsung Galaxy S21 dilengkapi dengan sensor ISOCELL HM3 serba baharu dan canggih dengan saiz sensor 108-megapixel. Saiz sensor yang besar ini membolehkan pengguna merakam setiap perincian yang terpapar pada sesebuah subjek dengan penuh dan jelas.

ISOCELL-HM3-PR_dl

Tidak hanya memfokuskan kepada saiz sensor semata-mata, sensor ISOCELL HM3 turut dilengkapi dengan fungsi Super PD Plus membolehkan Samsung Galaxy S21 memfokuskan kepada subjek dengan pantas dan tepat.

Selain itu, sensor ini turut dilengkapi dengan Smart ISO Pro membolehkan Samsung Galaxy 21 mendapatkan gambar yang terbaik meskipun merakam gambar pada waktu malap mahupun terlalu terang. Menarik bukan?

Samsung Galaxy S21 sedia ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga serendah RM3,699 sahaja diikuti dengan Samsung Galaxy S21+ pada harga RM4,299 dan Samsung Galaxy S21 Ultra dengan harga RM5,299. Kongsikan bersama model Samsung Galaxy S21 manakah yang menjadi pilihan anda?

Baru sahaja diperkenalkan, model keluaran Samsung sudah menjadi buruan peminat selepas diperagakan oleh BTS.

Samsung Galaxy Buds Pro Jadi Buruan Peminat Selepas Diperagakan BTS

Tiada Lagi Pengecas, Samsung Sah Lancarkan Samsung Galaxy S21 Dengan Harga RM3,699