Ratu tenis dunia, Serena Williams baru-baru ini telah berkongsi gambar sepasang kasut hasil kolaborasi Off-White™ bersama Nike untuk koleksi ‘Queen’ bersaiz bayi di Instagram milik beliau.

Post ini hadir dengan ayat terima kasih kepada Virgil Abloh kerana menghasilkan edisi khas untuk anak perempuan beliau Olympia. Walaupun ianya direka bersaiz bayi, Virgil masih mengekalkan rekaan yang sama versi dewasa iaitu warna ungu, midsole yang bewarna-warni dan tag bewarna neon pada kasut ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malangnya kasut ini tidak hasilkan untuk jual untuk semua orang hanya terhad untuk anak Serena Willams sahaja. Pengeluaran model versi bayi eksklusif ini sekaligus bakal menghangatkan lagi penjualan model ini.