Baru sahaja melancarkan gaming phone pada bulan lalu, realme pada minggu ini telah melancarkan model terbaru mereka menerusi siri realme 7 iaitu realme 7 5G buat pasaran Malaysia.

Dari segi spesifikasi, realme 7 5G hadir dengan skrin 6.5-inci IPS LCD FHD+ beserta refresh rate 120Hz. Sebuah lagi perkara yang unik pada model ini adalah realme 7 5G dikuasakan oleh processor MediaTek Dimensity 800U (7nm) sekaligus menjadi model pertama realme yang menggunakannya. Selain itu, model ini turut disertakan dengan RAM 8GB beserta 128GB ruang storan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo6267129176842676890

photo6267129176842676886

Tidak hanya menawarkan kuasa pemprosesan yang baik, model ini turut disokong dengan pengecasan pantas 30W membolehkan bateri berkapasiti 5,000mAh dicas dengan pantas. Pengimbas cap jari pula disertakan pada bahagian sisi model ini.

Dari segi kamera, realme 7 5G hadir dengan sensor utama 48-megapixel, sensor 8-megapixel buat lensa ultra lebar, 2-megapixel B&W dan 2-megapixel makro. Kamera hadapan bagi model ini pula hadir dengan sensor 16-megapixel.

Realme-7-5G-Malaysia-1-950×535.png

realme 7 5G sedia ditawarkan dengan harga menarik dan berbaloi iaitu RM1,299. Sebanyak dua warna ditawarkan buat para pengguna iaitu Flash Silver dan Mist Blue. Model ini sedia ditawarkan bermula 18 Disember 2020 dan para pengguna boleh mendapatkannya melalui Lazada dan Shopee.

Lihat juga model realme c15 yang hadir dengan bateri 6,000mah berharga serendah RM599 sahaja.

Serendah RM599, realme C15 Dilancarkan Dengan Bateri 6,000mAh Dan Pengecas 18W ‘Fast Charge’

Hanya RM699, Ini Review Penuh Kami Untuk ‘Gaming Phone’ realme narzo 20

Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki