Memasuki tahun 2021, nampaknya masalah melibatkan internet masih lagi menghantui orang ramai. Harga pelan data yang mahal serta rangkaian yang tidak meluas antara yang membuatkan orang ramai gagal mengakses internet.

Tanpa kita sedar, ketiadaan internet nyata memberi masalah besar kepada kita sama ada untuk berhubung, bekerja mahupun untuk berhibur. Berikut antara situasi yang mungkin berlaku berikutan internet yang tidak stabil atau mungkin ketiadaan internet secara total.

1. Gagal Waze lokasi untuk menghantar barangan penting

Pernahkah anda melalui situasi di mana bantuan daripada aplikasi Waze amatlah diperlukan namun Waze gagal diakses berikutan masalah melibatkan internet. Pasti lebih stress melihatkan lokasi yang mahu dituju gagal diakses. Buat mereka yang menjalankan servis menghantar barang, pastinya situasi ini merupakan mimpi ngeri ketika sedang bekerja.

2. Panggilan video juga sering tersangkut

Sempena musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung, pastinya panggilan secara video antara yang menjadi pengubat rindu buat pasangan kekasih setelah lama tidak berjumpa.

Walau bagaimanapun, bayangkan sekiranya panggilan video yang dibuat membuatkan panggilan kerap terputus atau video tidak dapat dipaparkkan dengan baik hanya kerana internet yang lembab. Pastinya hasrat untuk meneruskan panggilan video terpaksa dibatalkan.

3. ‘Mimpi ngeri’ buat kaki TikTok

Khas buat mereka yang kerap menggunakan aplikasi TikTok, pastinya anda cukup tahu di mana aplikasi ini memerlukan akses internet yang baik untuk menonton video secara berterusan tanpa sebarang masalah.

Namun, semuanya bakal menjadi masalah khususnya mereka yang mahu memuat naik video di TikTok namun internet yang menjadi penghalang. Sudahlah penat menghasilkan konten, internet pula tidak membantu. Serius merimaskan.

4. Dihalang ‘pihak ketiga’ semasa menonton drama korea

K-Drama

Bayangkan anda sedang asyik menonton drama kesukaan anda atau mungkin sedang menonton babak akhir yang penuh dengan drama dan nampaknya internet yang menjadi penghalang. Tak best bukan?

Pastinya ketika itu anda bertekad untuk berbelanja lebih hanya untuk pastikan pengalaman menonton anda tidak lagi terganggu.

Digi ada solusi buat anda

Screen Shot 2021-02-02 at 7.12.51 PM

Seperti yang dapat anda tonton pada berkenaan, masalah yang dialami wanita ini semuanya berpunca daripada masalah internet yang lembab atau kegagalan mendapatkan rangkaian yang stabil.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu risau kerana Digi kini sedang berkolaborasi bersama Senheng dalam menawarkan pelan internet yang bukan sahaja mampu milik tetapi berbaloi untuk digunakan.

Menerusi pelan PlusOne Digi Connect, anda berpeluang internet dengan kouta 6GB dan panggilan tanpa had buat ahli PlusOne Connect dengan harga serendah RM28 sahaja.

Bukan itu sahaja, para pelanggan juga turut menerima akses unlimited buat aplikasi media sosial popular seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Dalam erti kata lain, anda berpeluang mengakses tiga aplikasi ini tanpa risau tentang kouta internet anda. Berbaloi bukan?

Screen Shot 2021-02-02 at 7.17.08 PM

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang mendapat data internet 10GB percuma setiap bulan setiap kali anda melanggan PlusOne Digi Connect. Khas buat para pengguna yang memerlukan lebih banyak data, pelan ini turut didatangkan dengan beberapa pakej berbeza serta menawarkan akses YouTube tanpa had.

Screen Shot 2021-02-02 at 7.26.10 PM

Mahukan lebih diskaun? Pelan PlusOne Digi Connect sedia menawarkannya di mana anda berpeluang menerima diskaun sehingga 15% apabila anda tambah nilai di rangkaian Senheng & senQ dan juga kredit daripada EZ Credit Reward Points.

Sekiranya anda pelan internet yang pantas dan berbaloi, kami yakin inilah pelan data yang terbaik buat anda. Ketahui lebih lanjut mengenai pelan data PlusOne Digi Connect ini dengan klik di sini.

Ketahui juga 3 perkara menarik yang terdapat pada Samsung Galaxy S21 yang mampu melengkapi hidup pengguna.

Lengkapkan Keperluan Harian Anda, Ini 3 Perkara Menarik Samsung Galaxy S21 Yang Perlu Anda Tahu

Setanding Dua iPhone 12 Pro, Sony Perkenalkan Xperia Pro Dengan Harga RM10,107