Mungkin ramai yang masih tidak sedar akan kepentingan kad perubatan dalam kehidupan seharian. Anda yang mungkin bergantung harap dengan kad perubatan yang disediakan oleh tempat kerja dan ada juga yang tidak faham dengan konsep kad perubatan ini. Andai terjadi sesuatu dan anda perlu ditempatkan di hospital, pernahkah anda terfikir akan kos yang mungkin anda perlu keluarkan?

Memang kita minta untuk dijauhkan daripada perkara ini tetapi kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Begitu juga dengan penyakit yang datang tanpa diundang. Jadi disebabkan itu pentingnya kita dilindungi dengan kad perubatan sebagai persediaan di hari kemudian. Tahukah anda AXA AFFIN Life ada menawarkan pelan kad perubatan yang sangat berbaloi; hanya serendah RM37 sebulan?

AXA eMedic adalah kad perubatan yang paling mudah untuk anda miliki dan anda boleh memohonnya secara online sahaja. Tidak perlu susah-susah ke mana-mana cawangan untuk mendaftar AXA eMedic ini. Sangat mudah dan jimat masa. Sangat sesuai untuk anda yang baharu pertama kali mendaftar untuk kad perubatan.

Sebelum anda mendaftar untuk kad perubatan ini, pasti anda hendak tahu dahulu kelebihan AXA eMedic ini kan?

catch-eMedic1-1024×779

1. Pendaftaran mudah hanya secara online

Dari mula hingga anda memegang AXA eMedic, anda hanya perlu buat secara atas talian sahaja. Pertamanya anda hanya perlu menjawab soalan yang disediakan, isi butiran peribadi anda dan siap. Proses pembayaran bulanan pun dibuat secara atas talian. Anda cuma perlukan internet sahaja dan semuanya beres!

2. Pelan kad perubatan yang sangat mampu milik untuk seisi keluarga

Dari serendah RM37 ringgit sebulan untuk perlindungan bernilai RM100,000, ianya pastinya tidak membebankan dan boleh diambil untuk seisi keluarga anda.

Kira-kira mudahnya adalah begini. Anda perlu bayar hanya RM1.30 sehari untuk perlindungan AXA eMedic ini, harga segelas teh o ais di restoran kegemaran anda. Jika anda ambil pelan kad perubatan ini untuk keluarga, darab sahaja dengan jumlah bilangan ahli keluarga anda. Jika untuk 3 orang, baru RM3.90 sehari. Memang sangat affordable.

3. AXA eMedic dibuat khas untuk para millenial dan keluarga muda

AXA eMedic ini direka khas untuk bayi berusia 15 hari sehingga dewasa berusia 39 tahun. Jika anda seorang yang baharu menyertai bidang pekerjaan, ini adalah kad perubatan untuk anda, terutamanya jika pekerjaan anda banyak melibatkan kenderaan dua roda (runner atau penyedia servis makanan).

Banyak lagi kemudahan lain yang disediakan AXA eMedic antaranya perlindungan untuk wad dan juga kemasukkan di wad tanpa bayaran. Secara dasarnya, AXA eMedic adalah kad perubatan untuk bayi yang berusia 15 hari sehinggalah dewasa berusia 39 tahun. Ianya pantas, mudah dan mampu milik terutamanya untuk anda yang sudah berkeluarga!

4. Cepat dan tidak memerlukan ‘medical check up’

Hanya 10 minit diperlukan untuk anda mendaftar secara terus kad perubatan AXA eMedic ini. Cepat kan? Sebaik sahaja anda siap isi borang secara atas talian dan mula membayar, kad AXA eMedic anda akan terus diaktifkan.

Tidak seperti penyedia kad perubatan yang lain, dengan AXA eMedic anda tidak perlu buat medical check up untuk memohon kad ini. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menjawab semua soalan yang ditanya sebelum mendaftar dan siap.

https://www.youtube.com/watch?v=vWd7Ppneq3Y

Jika sudah berminat, bagaimana untuk mendaftar? Mudah sahaja hanya ikuti cara ini:

1. Klik laman web AXA eMedic ini.
2. Klik ‘Let’s Get Started‘.
3. Jawab beberapa soalan ringkas.
4. Pilih pelan yang anda rasa sesuai dengan bajet anda.
5. Klik ‘Proceed‘.
6. Jawab beberapa soalan ringkas.
7. Isi maklumat peribadi dan buat bayaran. Selesai!

Sediakan payung sebelum hujan kerana kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku kepada kita di masa depan. Bila sudah ada perlindungan perubatan, lega sedikit andai terjadi apa-apa nanti.

Andai anda masih ada persoalan tentang pelan kad perubatan AXA eMedic ini, Michelle ada untuk membantu menjawab sebarang soalan anda. Hanya klik di sini dan Michelle sedia untuk membantu anda.