Sejak mula pandemik COVID-19 menyerang negara Brazil, presiden Brazil, Jair Bolsonaro antara yang menjadi tumpuan orang ramai serta media melalui tindakan yang dijalankan dalam usaha untuk ‘menjaga’ rakyatnya.

Antara tindakan Jair Bolsonaro yang diingati ramai sudah pastinya pemecatan Menteri Kesihatan Brazil kerana menjalankan perintah lockdown. Bukan itu sahaja, beliau sekali lagi mencuri perhatian media dengan turun demonstrasi bagi menghalang perintah lockdown negaranya hanya kerana tidak mahu ekonomi Brazil terjejas.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →
https___cdn.cnn.com_cnnnext_dam_assets_200707084753-01-jair-bolsonaro-0630

Sumber: CNN

Siapa sangka, di sebalik kawalan ketat terhadap beliau selaku presiden, Jair Bolsonaro melalui laporan terbaru telah disahkan positif melalui ujian saringan yang dijalankan.

Difahamkan beliau mulai merasa letih dan lesu serta mulai demam pada Isnin lalu membuatkan beliau disaring sekali lagi meskipun tiga kali menjalankan ujian yang sama dan disahkan negatif sebelum ini.

Menerusi ulasan beliau selepas disahkan COVID-19, beliau nyata tidak terkejut dengan keputusan yang diterima selepas yang dijuangkan untuk rakyatnya.Beliau turut menyatakan keadaan beliau kini sempurna seperti seadanya meskipun terpalit dengan wabak COVID-19.

2286

Sumber: the guardian

Sebelum ini, beliau yang kini berusia 65 tahun pernah menyatakan beliau tidak akan terpalit dengan wabak COVID-19 berikutan rutin beliau yang mengamalkan gaya hidup sihat dan kerap bersenam.

Setakat ini Brazil merupakan negara dengan jumlah pesakit COVID-19 kedua tertinggi dunia dengan 1.6 juta kes dengan 65,000 mangsa terkorban. Semoga rantaian COVID-19 dapat diputuskan setidaknya dikurangkan seluruh dunia bagi mengelakkan lebih ramai mangsa terkorban.

Anda boleh klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tindakan yang dijalankan Jair Bolsonaro sebagai presiden Brazil.

Presiden Brazil Pecat Menteri Kesihatan Kerana Menjalankan Perintah ‘Lockdown’

Tidak Mahu Ekonomi Terjejas, Presiden Brazil Sertai Demonstrasi Halang Perintah ‘Lockdown’

Anda Mungkin Suka