Rumah sememangnya sebuah tempat yang ideal dan selesa untuk berehat. Walau bagaimanapun, tekanan daripada luar terkadang mungkin mengganggu penghuni rumah sehingga tidak mampu berehat serta menghadap dengan masalah yang berlaku.

Situasi yang sama nampaknya turut berlaku buat seorang lelaki dikenali Mr. Lo yang menetap di Singapura di mana beliau telah menjadi perhatian selepas direkodkan telah menelefon pihak polis 80 kali setahun hanya disebabkan satu masalah yang sama iaitu bunyi bising yang keterlaluan daripada tingkat atas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Screenshot_165
Sumber: must share news

Berdasarkan perkongsian, lelaki yang berusia 57 tahun ini mendakwa sering mendengar bunyi seakan budak berlari, kerusi diheret pada lantai serta pintu yang ditolak dengan kuat.

Beliau yang pada mulanya sekadar bersabar dengan jiran tingkat atas walau bagaimanapun memilih untuk menelefon pihak polis sehingga lapan kali sehari semata-mata disebabkan bunyi bising yang sangat menganggu beliau.

Lebih mengejutkan, beliau dilaporkan telah membuat 80 kali aduan kepada pihak polis sepanjang setahun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mendapatkan alat untuk mengukur bunyi bising di mana beliau merekodkan bunyi sehingga 80 decibel (dB).

Bukan berpunca daripada jiran tingkat atas

20210119_news_scene3 (1)
Bacaan decibel meter yang ditunjukkan Mr. Lo. Sumber: zaobao

Apa yang lebih mengejutkan, bunyi bising yang dikatakan berpunca daripada tingkat atas tidak seperti yang didakwa. Sebaliknya, pihak polis yang menemu ramah jiran tingkat atas memaklumkan beliau tidak melakukan perkara-perkara seperti yang didakwa dan tidak mendengar sebarang bunyi.

Berdasarkan makluman seorang jurutera yang membuat siasatan, difahamkan masalah bunyi yang bergerak melalui objek melibatkan rekaan serta bahan binaan antara yang membuatkan bunyi sedemikian terhasil sekaligus menidakkan bunyi misteri seperti yang didakwa. Fenomena ini juga turut disebut sebagai water hammer.

Setakat artikel ditulis, dilaporkan masalah bunyi bising yang berlaku di apartment berkenaan masih belum selesai di mana lelaki berkenaan terpaksa menghadap dengan bunyi bising yang didengari daripada tingkat atas.

Tular pada minggu lalu apabila seorang penyeway homestay rugi lebih RM6,000 selepas pelanggan mencuri barangan dalam rumah termasuk PlayStation 4.

PlayStation 4 Antara Yang Dicuri Penyewa, Pemilik Homestay Rugi Lebih RM6,000

Tular Isyarat SOS Google Maps Di Pulau Laki Berhampiran Lokasi Nahas Pesawat Sriwijaya Air

Sumber