Menjalankan perniagaan sendiri dan melakukan penghantaran sendiri bukanlah satu perkara yang mudah terutama buat mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti wanita dari Terengganu ini.

Dia yang difahamkan mengalami lumpuh dan menderita penyakit kronik sejak 17 tahun yang lalu berkongsi kisahnya sering diabaikan pelanggan yang telah membuat temujanji untuk membeli barangan yang dijualnya atau Cash On Delivery.

Dalam satu hantaran di Facebook baru-baru ini, wanita tersebut Nur Su’aidah meminta agar pelanggan yang berurusan dengannya sentiasa peka apabila sudah berjanji untuk melakukan COD dengannya.

Ia susulan beberapa kejadian yang menimpa dirinya dimana pelanggannya menghilangkan diri apabila dia sudah pun keluar untuk melakukan penghantaran pesanan yang telah dibuat mereka.

“Bila Su keluar pergi COD dah dekat nak sampai rumah, telefon dan Whatsapp tak ada respon hanya Allah yang tahu.

“Hendak-hendak kalau jauh sikit, penat itu terus terasa bila anda buat Su macam tu.

“Hari ini dua tempat Su pergi untuk COD, tunggu sampai hampir sejam akhirnya balik dengan kecewa,” luahnya.

Mengakui kudratnya tidaklah sekuat insan biasa, Su bagaimanapun berkata dia bernasib baik kerana sering ditemani anaknya yang sentiasa menjadi penyejuk hati bila berhadapan dengan situasi demikian.

Walaupun baru berusia 7 tahun, namun anaknya itu menurutnya sentiasa memujuk beliau dan mengingatkan rezekinya mungkin berada di tempat lain.

“Jadi kalau ada sahabat yang berniat nak membeli dengan Su dan COD tu ingatlah wajah ini yang datang dan tidak mempunyai kudrat seperti anda yang normal.

“Tenunglah wajah letih ini dan pesanan ini,” luahnya.

Perkongsian dan luahannya mengenai perkara itu turut menerima perhatian netizen yang mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Sejak mula dimuatnaik beberapa hari, luahannya di Facebook itu telah pun mendapat lebih 1,000 perkongsian dengan rata-rata netizen tidak dapat menyembunyikan kesedihan dengan apa yang dialami wanita tersebut.

komen1

Capture

Baca kisah pelajar ini yang berjaya meraih hasil lumayan hanya dengan menjual perabot terpakai di pautan di bawah. 

Pelajar Ini Jana Pendapatan RM100,000 Sebulan Hanya Jual Perabot Terpakai Di Kedah

Hanya Jual Ayam Goreng RM1, Peniaga Ini Raih Pendapatan RM15,000 Sebulan

Daripada Pendapatan Enam Angka Kepada ‘Rider’ FoodPanda, Lelaki Ini Terpaksa Tukar Kerjaya Untuk Teruskan Hidup