WeChat merupakan satu aplikasi yang boleh dikatakan telah digunakan oleh ramai orang di seluruh dunia.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Twitter @arhamfuadd telah menggunakan WeChat untuk berkomunikasi dengan isterinya. Untuk pengetahuan anda, pengguna Twitter tersebut menetap di China, dan WeChat merupakan medium komunikasi utama di sana.

Screenshot 2019-10-30 at 11.50.31 PM
HYPE
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak ‘Entiti’ Di Set Penggambaran
Baca lagi →

Disebabkan ada segelintir netizen yang mengecam beliau, jadi beliau telah menyenaraikan beberapa kelebihan Wechat yang digunakan. Anda pasti akan berasa kagum selepas mengetahui kelebihan yang ditonjolkan WeChat.

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua syarikat yang menyediakan pembayaran atas talian di China iaitu WeChat Pay dan Alipay. Jadi beliau ingin berkongsi kelebihan dan apa yang ada dalam WeChat Pay.

1.  Cara penggunaan

BeFunky-collage-5

Pertama sekali, anda kena ada akaun bank China. WeChat Pay ini fungsi dia seperti kad debit, kita hanya perlu link ‘Debit Card’ dengan ‘WeChat’. Setiap transaksi pembayaran akan ditolak terus dari akaun bank kita.

2. Wechat Pay One Stop Payment

BeFunky-collage-4

Di China, anda tidak perlu susah-susah keluar rumah atau login online banking, kita boleh bayar utiliti bil, tiket penerbangan, penghantaran makanan dan sebagainya hanya dengan menggunakan WeChat Pay.

3. Tambah nilai kredit

EHdr65fU4AA_fHL

Untuk yang menggunakan prepaid atau postpaid boleh terus reload di sini mengikut baki tertunggak bulan tersebut. Apa yang menarik dekat WeChat, apabila kita reload kita akan dapat diskaun tetapi tidaklah banyak.

4. Utiliti harian

EHdtcTlUYAASEYT

Anda boleh membayar bil air, elektrik, WiFi dan banyak lagi di sini. Hanya perlu masukkan nombor akaun yang kita daftar, kemudian tekan bayar.

5. DIDI e-hailing

EHdveUQVAAAWkGf

DIDI ini sama dengan Grab dan Uber. Akan tetapi yang menarik dekat DIDI di China ini, sebab dia ada DIDI PREMIER. DIDI PREMIER ada 3 iaitu PREMIER, 6-Seater dan Luxury. Secara personal, saya suka Luxury sebab boleh naik Tesla.

6. Penghantaran makanan

EHdwNTzUYAAmFF4

Di China, ‘FoodPanda’ paling popular adalah Meituan Waimai. Tapi penghantaran makanan di sini bukan hanya kepada makanan sahaja, tetapi ikan, sayur, sabun, biskut dan banyak lagi dia boleh hantar sampai ke rumah.

7. Pawagam

EHdxBBFU8AE61ax

Jika anda mahu tonton wayang, anda sudah tidak payah susah-susah mahu beratur beli tiket. Semua sudah ada dekat WeChat, dimana nanti di pawagam anda hanya perlu print tiket atau hanya scan kod QR.

8. Tiket penerbangan dan hotel

EHdyPJPVUAAmZMO

Tongcheng Yilong ini lebih kurang seperti website Traveloka. Melalui website ini, kita boleh tempah tiket untuk bullet train, train biasa, hotel dan penerbangan domestik dan antarabangsa.

9. Membeli-belah atas talian

EHdzPkmU4AA8eNO

Jingdong sama seperti Lazada dan Shopee di Malaysia. Cuma Jingdong ini lebih popular untuk barang-barang elektrik dan elektronik. Bagi yang orang tanya Taobao, Taobao dibawah Alibaba group, jadi tiada dalam WeChat sebab dua syarikat ini adalah pesaing.

10. Rumah

EHd0CpZUcAEInGz

Melalui WeChat juga anda boleh mencari rumah. Kiranya macam Mudah.my anda boleh cari rumah baru dan juga secondhand.

WeChat Pay sangat memudahkan kerja seharian semua orang di China. Banyak lagi feature yang tidak disebut, cukuplah banyak ini. Penggunaan WeChat Pay dan Alipay sangat meluas, dimana tidak perlu lagi bawa tunai.

Rupa-rupanya banyak kelebihan WeChat yang kita tidak tahu. Jika di Malaysia, WeChat tidak seperti ini dan penggunaan WeChat Pay pun tidak meluas seperti ini. Mungkin tidak lama lagi akan ada e-wallet seperti ini di Malaysia.

Adakah anda berasa kagum dengan kecanggihan aplikasi WeChat di China ini? Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan antara negara paling banyak terima transaksi e-wallet dari China?

Malaysia Tersenarai Negara Paling Banyak Menerima Transaksi ‘E-Wallet’ China

Rakyat Malaysia 18 Tahun Ke Atas Bakal Dikreditkan RM30 Dalam ‘E-Wallet’

Padam Dua Aplikasi Ini Yang Sedang Mencuri Data Peribadi Anda

Anda Mungkin Suka