Kecantikan merupakan sesuatu yang sering diidamkan oleh para wanita. Sejak dari zaman nenek-nenek kita lagi, bahkan sehingga ke hari ini, banyak saja petua kecantikan yang pernah diberikan atau dibaca.

Mungkin sebelum ini jarang bagi kita untuk ingin mencuba mana-mana petua yang sering digembar-gemburkan. Akan tetapi apabila berada dalam era pandemik di mana rata-rata dari kita dipaksa untuk tinggal di rumah, pasti rasa ingin cuba itu pernah terdetik di dalam hati.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Manakan tidak, masuk saja musim PKP, hampir semua benda ingin dibuat bagi mengisi masa lapang. Dari mengubahsuai rumah ke bersenam hinggalah membuat kek, semuanya ingin dicuba dan pastinya ada juga dari kalangan anda yang ingin atau pernah mencuba mana-mana diy skincare.

diy-face-masks-every-skin-type-1585670190
Sumber: Cosmopolitan

Taip saja ‘diy face mask’ di ruangan Google contohnya, pasti terdapat beribu artikel yang keluar tentang bahan dari dapur atau buah mana yang kononnya boleh membuatkan kulit muka anda menjadi sehalus sutera.

Tidak dinafikan, petua yang diberi memang nampak menarik. Melihat bagaimana mudah ianya dibuat, tentu sahaja ramai yang terpengaruh. Tapi sebelum anda bergegas ke dapur untuk mencuba, kami sarankan anda untuk membaca perkongsian ini terlebih dahulu.

Meskipun tampak menarik, tahukah anda sebenarnya diy skincare ini tidaklah sebagus yang diperkatakan? Silap bahan atau catuan, habis wajah jadi bagai disengat tebuan. Jadi hari ini, kami ingin kongsikan 5 bahan yang sering digunakan dalam diy skincare yang berpotensi untuk merosakkan wajah anda.

1. Lemon

lemon-health-benefits-1296×728-feature
SUMBER : HEALTHLINE

Lemon merupakan buah yang agak terkenal dalam komuniti penggemar diy skincare. Buah ini dikatakan sangat bagus untuk mencerahkan kulit kerana ianya padat dengan Vitamin C. Disebabkan itu, buah ini telah menjadi antara bahan utama dalam diy skincare.

Tidak dinafikan, lemon memang banyak khasiatnya. Difahamkan, buah ini bukan sahaja padat dengan kandungan Vitamin C, malah ianya juga mempunyai kandungan fiber yang tinggi dan sangat bagus untuk sistem pencernaan.

Akan tetapi, buah ini mempunyai kandungan asid yang sangat tinggi untuk digunakan ke atas kulit. Menurut Michelle, seorang pemegang PhD dalam bidang kimia, oleh kerana kandungan asidnya yang tinggi, jus lemon difahamkan tidak selamat untuk digunakan ke atas kulit kerana ianya berpotensi untuk memberikan keradangan.

2. Ubat gigi

Toothpaste-Tips-Uses-i817627440
SUMBER: FARMER’S ALMANAC

Siapa pernah dengar tentang petua mengecutkan jerawat menggunakan ubat gigi? Kami yakin, anda yang pernah mempunyai masalah jerawat pasti pernah dengar tentang petua ini.

Kalau anda ingin tahu, memang ada beberapa bahan di dalam ubat gigi, khususnya dari jenama Colgate yang mampu untuk mengeringkan jerawat. Akan tetapi, ubat gigi bukanlah bahan yang sepatutnya diletakkan ke atas kulit kerana ianya direka khas untuk digunakan pada gigi.

Difahamkan, seperti lemon, ubat gigi juga berpotensi untuk memberikan keradangan pada kulit anda. Hal ini kerana, bahan-bahan lain yang terdapat di dalam ubat gigi adalah terlalu bahaya untuk diletakkan ke atas kulit

3. Telur mentah

a-basket-of-eggs
SUMBER: MEDICAL NEWS TODAY

Telur merupakan diantara sumber protein yang diperlukan oleh badan dan seperti lemon, bahan ini boleh dijumpai dalam kandungan barang kosmetik. Meskipun telur mempunyai pelbagai khasiat, telur yang mentah merupakan bahan yang tidak sepatutnya diletakkan ke atas kulit muka.

Kita biasa dengar tentang egg mask yang dikatakan bagus untuk kulit dan boleh membantu untuk mengecilkan pori serta menegangkan wajah. Malang sekali, meskipun telur mempunyai kandungan nutrien yang tinggi, ianya berpotensi untuk memberikan anda jangkitan bakteria seperti Salmonella pada kulit.

Meskipun jangkitan bakteria tersebut jarang berlaku, adalah lebih baik untuk kita tidak terlalu berani untuk mengambil risiko kerana malang tidak berbau.

4.Rempah

_106003299_gettyimages-590076280
SUMBER: BBC

Mask kunyit yang lebih dikenali sebgaai turmeric mask merupakan sebuah tradisi dalam budaya bangsa India dan sering digunakan sebelum majlis perkahwinan kerana bahan ini difahamkan membantu untuk meningkatkan seri wajah serta dilihat sebagai simbol keberkatan untuk pasangan pengantin.

‘Cinna-mask’ pula merupakan mask yang diperbuat dengan kulit kayu manis dan sering dicampur dengan madu. Mask ini difahamkan boleh membantu untuk mengecilkan jerawat dan boleh melembabkan kulit wajah.

Berdasarkan kajian, kedua-dua bahan ini memang mempunyai khasiat tersendiri. Kulit kayu manis dan kunyit dipercayai mempunyai kebaikan anti-radang dan mempunyai kadar antioksidan yang tinggi. Bagaimanapun, kedua-dua bahan ini tidak sesuai untuk digunakan oleh semua orang dan difahamkan berpotensi untuk memberikan keradangan kepada kulit.

5. Baking soda

5e446f602600005c03b6a35f
SUMBER: HUFFPOST

Bahan kelima yang berpotensi untuk meroksakkan kulit anda ialah baking soda. Bahan ini agak terkenal dalam komuniti penggemar diy skincare kerana difahamkan sangat berkesan untuk menghilangkan jerawat, memutihkan gigi serta mampu untuk mencerahkan kembali bintik-bintik hitam.

Walau bagaimanapun, bahan ini mempunyai kandungan alkali yang tinggi dan memang tidak sepatutnya diletakkan ke atas muka anda. Difahamkan, antara kesan yang dapat dilihat dari penggunaan berpanjangan adalah ia berpotensi untuk mengeringkan kulit anda secara berlebihan, membuatkan jerawat lebih teruk dan mempercepatkan penuaan.

Penggunaan pada gigi pula boleh menyebabkan enamel anda menjadi lemah. Oleh itu, adalah lebih baik bahan ini digunakan dalam makanan dan bukannya diletakkan di atas kulit.

Kenapa diy skincare tidak baik untuk kulit?

chicago-apartments-aromatherapy-in-apartment
Sumber: Planned Property management

Secara umumnya, bahan-bahan yang digunakan dalam diy skincare atau all natural skincare memang mempunyai kebaikkan yang tersendiri. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang harus diambil kira dalam proses pembuatan barangan kosmetik.

Sesetengah orang memang lebih menggemari diy skincare atau barangan kosmetik yang ‘organik’ dan sangat takut dengan ‘bahan-bahan kimia’ yang ada pada barangan kosmetik seperti pencuci muka, serum, dan sebagainya.

Ada yang berpendapat bahawa bahan-bahan organik ini adalah lebih selamat untuk digunakan kerana ianya tidak berpotensi untuk merosakkan kulit jika digunakan secara berterusan, berbeza dengan barangan kosmetik yang boleh didapati di farmasi.

Disebabkan perasaan takut kepada ‘bahan kimia’, maka terhasillah istilah diy skincare dan all natural skincare yang dipercayai lebih baik dan selamat. Akan tetapi, tahukah anda bahawa bahan organik juga berpotensi untuk menjadi bahaya?

Istilah bahan kimia dan toksin sering digunapakai untuk menakut-nakutkan pengguna. Akan tetapi tanpa kita sedar, air juga merupakan sebuah sebatian kimia. Jadi, patutkah kita takut pada air?

Memetik laporan yang ditulis oleh Paula’s Choice, sebuah jenama kosmetik yang terkenal, kebanyakan kebaikkan bahan organik dalam natural skincare contohnya, tidaklah sebaik yang dikatakan dan dakwaan tersebut juga tidak berdasarkan kajian.

Seperti yang dikatakan tadi, terdapat beberapa perkara yang harus diambil kira dalam proses pembuatan barangan kosmetik. Antaranya ialah peratus keberkesanan sesetengah bahan.

Disebabkan itu, meskipun bahan seperti lemon contohnya dikatakan mampu untuk mencerahkan wajah kerana mempunyai kandungan vitamin c yang tinggi, anda mungkin tidak akan dapat peroleh kebaikkan dari bahan tersebut jika ianya digunakan secara terus pada kulit.

Bagaimanapun, tidak semua bahan yang digunakan dalam diy skincare itu bahaya. Jika anda ingin mencuba, anda dinasihatkan agar membuat kajian terlebih dahulu mengenai bahan-bahan yang ingin digunakan. Madu contohnya merupakan bahan organik yang paling selamat untuk digunakan secara terus pada kulit.

Bagaimana alat perubatan tradisi dari China ini boleh menjadi gilaan penggemar skincare? Klik pada pautan di bawah untuk membaca.

Bagaimana Alat Perubatan Tradisi Cina Ini Menjadi ‘Must Have Beauty Tools’ Untuk Tahun 2020

Nak Cantik Sampai Sakit, Kenapa Wanita Begitu Obses Dengan Kecantikan?