Sering kali dapat dilihat apabila tular sahaja berita mengenai Perlis di media sosial, jenaka-jenaka yang mengaitkan Perlis yang hanya memiliki 8 orang antara yang disebutkan netizen. Malah, jenaka mengenai negeri Perlis dilihat semakin popular selepas tularnya #PerlisIsSoSmall di Twitter.

Terbaharu, Jabatan Perangkaan Malaysia tampil dengan sebuah perkongsian di media sosial dalam memaparkan jumlah sebenar penduduk Perlis dengan gaya yang santai bagi menangkis jenaka orang ramai yang mendakwa Perlis cuma memiliki 8 penduduk.

Menurut perkongsian yang dibuat, Perlis selaku negeri kecil di hujung Utara Malaysia memiliki sebanyak 255,300 penduduk menerusi bancian yang dibuat pada suku keempat 2020.

Berdasarkan komen para netizen, rata-ratanya cukup tahu di mana negeri ini memiliki lebih daripada 8 orang penduduk. Melabelkan negeri ini dengan memiliki penduduk yang sedikit sekadar jenaka dalam menyatakan negeri ini mempunyai jumlah rakyat yang sedikit berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Walau bagaimanapun, tahniah buat Jabatan Perangkaan Malaysia atas usaha untuk menawarkan informasi baharu buat orang ramai dalam memaklumkan jumlah penduduk negeri Perlis.

Sebelum ini nama Perlis pernah tular di media sosial apabila para netizen berkongsi keterujaan pembukaan Starbucks pertama di Perlis.

Netizen Kongsi Keterujaan Pembukaan Starbucks Pertama Di Perlis Tahun Hadapan

Gambar Kampung Di Perlis Ini Tular Selepas Mendapat Perhatian Daripada Apple