Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak beberapa minggu ini filem Puteri Gunung Ledang yang dibintangi M Nasir dan Tiara Jacquelina pada 2004 menjadi antara salah satu topik popular yang dibincangkan di media-media sosial.

Ia difahamkan berpunca susulan tayangan semula filem berkenaan di beberapa platform penstriman atas talian termasuk Netflix yang akan menyiarkan kembali filem itu bermula Khamis ini.

Tatkala ramai yang teruja untuk menonton kembali antara salah satu filem tempatan yang menelan belanja paling besar itu, lain pula ceritanya di media sosial apabila gurauan berbentuk meme menggunakan babak-babak dalam filem berkenaan pula yang menjadi tumpuan.

Bukan sahaja digunakan oleh netizen-netizen yang cuba bergurau senda dengan mengubah suai gambar-gambar daripada filem itu, namun ia turut mencuit hati dan perhatian pelakon utamanya Tiara Jacquelina di Facebook.

Buat anda yang kurang jelas, istilah meme ini kebiasaannya merujuk kepada gambar-gambar tangkap layar daripada filem atau rancangan TV yang kemudiannya disertakan dengan kata-kata berunsur jenaka.

Salah satu contohnya adalah seperti gambar yang dikongsikan di bawah.

tiara

Salah satu ‘meme’ yang dihasilkan netizen menggunakan babak daripada Puteri Gunung Ledang

Pandai netizen bergurau

Walaupun kebiasaannya meme ini sering digunakan dengan meluas dalam media-media sosial tanpa disedari pelakon atau mereka yang terlibat dalam gambar, lain pula ceritanya kali ini apabila Tiara sendiri yang berkongsikan keterujaannya mengenai perkara itu di Facebook.

“Puteri Gunung Ledang telah menjadi antara subjek ‘meme’ sejak dua minggu kebelakangan ini.

“Saya suka dengan kreativiti orang Malaysia kita,” tulis Tiara di akaun Facebook-nya baru-baru ini.

Posted by Tiara Jacquelina on Thursday, November 19, 2020

Sambil berkongsikan kembali beberapa gambar meme itu, Tiara juga pada masa meminta agar mereka yang menghasilkan jenaka tersebut agar ‘mengangkat tangan’ mereka agar beliau dapat memberikan kredit yang sepatutnya.

Rata-rata netizen di ruangan komen hantaran berkenaan juga bukan terhibur dengan telatah yang dikongsikan namun pada masa turut memuji kehebatan dan keberkesanan filem berkenaan yang masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

“Saya ada koleksi keseluruhan meme ini,  hahahahahah banyak woooo. Meriah!

“Ini bermakna filem ini sbnarnya masih di hati dan ingatan rakyat Malaysia, one and only,” antara komen yang ditinggalkan netizen.

Kepada anda yang berminat untuk menonton kembali filem bersejarah ini, anda boleh membaca perkongsian kami sebelum ini melalui pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya. 

Filem Puteri Gunung Ledang Bakal Ditayangkan Di Netflix Bermula 26 November Ini

Drama Bersiri Netflix The Spy Gunakan Duit Syiling Lama Malaysia Curi Perhatian Netizen

Netizen Terkejut Dengan Kehadiran ‘Pocong’ Dalam Drama Start-Up

Anda Mungkin Suka