Masya Masyitah sering dikritik netizen apabila dia yang memakai tudung suka menggayakan fesyen muslimah melampau dan menjolok mata.
Susulan itu, Masya telah memuat naik beberapa keping gambar miliknya yang menunjukkan dirinya tidak lagi berhijab di Instagram miliknya semalam.
Baca Juga:
- Tidak Pernah Naik Kereta Mewah, Guru Muda Bergaji RM3,100 Mahu Beli Honda Civic
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- Perlu Ke Ambil ‘Personal Insurance’ Jika Tempat Kerja Sudah Sediakan?
Menerusi gambar tersebut, dapat dilihat Masya bergaya dihadapan sebuah kereta berwarna merah jambu dan berpakaian berona merah jambu serta rambutnya juga miliki warna yang sama seakan-akan mahu mengikuti kehangatan filem Barbie.
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata peminat berasa terkejut dengan keputusan yang diambil oleh Masya dan menyatakan hasrat mahu ‘unfollow’ Masya di Instagram.
Malah, ada juga netizen yang memberikan kritikan atas perubahan imej yang dilakukan Masya. Segelintir peminat juga mendoakan agar Masya akan kembali dengan imejnya yang berhijab.