Sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial tentang kelibat seorang lelaki misteri yang tidak terurus memandu sebuah kereta Perodua Kancil yang lusuh. Anehnya, walaupun kereta tersebut kelihatan tidak ‘sempurna’ tetapi ramai yang terserempak dengan kereta ini di serata Malaysia dan mengundang tanda tanya bagaimana kereta tersebut masih gagah untuk berjalan jauh.
Biasa kita tengok gambar, kali ini kita tengok video. Sekarang berada di kawasan Prai, Pulau Pinang. pic.twitter.com/hsRZYhT3dK
— MyWatch (@My_CrimeWatch) September 12, 2019
Malah, kereta tersebut pernah beberapa kali ditahan oleh pihak polis atas beberapa kesalahan. Untuk pengetahuan anda, pada bulan April yang lalu, kereta tersebut telah ditahan polis di Jalan Baru, Perai, Bukit Mertajam kerana memandu melawan arus yang dikhuatiri boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.
Bagaimanapun, siasatan pihak polis mendapati pemilik kancil ini tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau atau dadah tetapi mempunyai saman atas kesalahan cukai jalan serta lesen memandu tamat tempoh dan kesalahan tidak mempunyai nombor pendaftaran di hadapan dan belakang kereta.
Tetapi pada ketika itu, tiada sebarang tangkapan atau rampasan dilakukan terhadap lelaki terbabit dan pemeriksaan lanjut mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama seorang lelaki yang tinggal di Tanjong Bungah, Georgetown.
Terbaru, menerusi satu tweet oleh pengguna media sosial di akaunnya @Penjejak_Baldi memuat naik satu gambar yang menunjukkan kereta kancil tersebut bukan sahaja ditahan oleh pihak polis tetapi telah ditunda menggunakan lori.
Dah kena tahan pulak.. alamakkk pic.twitter.com/Y6vDG3nlTE
— Amer AK (@Penjejak_Baldi) September 16, 2019
Legend has fallen ๐ pic.twitter.com/zdPDT6cN4s
— Amer AK (@Penjejak_Baldi) September 16, 2019
Ternyata kisah kancil lusuh ini sudah sampai pengakhirannya. Di ruangan komen pula ramai netizen yang kagum dengan kebolehan kancil tersebut yang mampu bergerak dan dipandu sehingga ratusan kilometer.
Selalu nmpk dkt tepi jalan area selayang. Adik kata hebat brader ni. Jauh perjalanan kereta tu
— atikahsayuti (@atikahsayuti95) September 16, 2019
Baru beberapa hari lepas member aku buat video laki ni. Mmg time tu pintu dia mcm nk tercabut. Harini dah tercabut terus, rileks dia letak atas bumbung. Hahahahahahha
— Dora Comot โฅ๏ธ (@twt_doraaa) September 16, 2019
Nak saman pun no plate takde,menung polis tu ๐
— Athena (@mmzkkir) September 16, 2019
Kalau macam aku syak brother ni underground punya undercover agak-agak masuk akal tak? Sebab dah berbulan benda ni tersebar tapi dia still steady tak kena kacau even dia dah melanggar undang undang sebab membahayakan pengguna lain. Aku SYAK je tau ๐
— amyr (@amirshafyq) September 16, 2019
Mungkin kereta Perodua Kancil ini boleh mendapat gelaran “The Most Strongest Kancil” kerana mampu mengelilingi Malaysia walaupun dalam keadaan begitu. Dibawah kami sertakan artikel menarik mengenai seorang lelaki ‘lenjanโ kereta Proton Saga 2019 Naik Genting Highlands.
Tonton Lelaki Ini ‘Lenjan’ Proton Saga 2019 Naik Genting Highlands
Proton Wira Kekal Model Paling Banyak Dicuri Sepanjang Awal 2019
- SUMBER
- Penjejak_Baldi