Sebelum ini hangat diperkatakan di media sosial tentang kelibat seorang lelaki misteri yang tidak terurus memandu sebuah kereta Perodua Kancil yang lusuh. Anehnya, walaupun kereta tersebut kelihatan tidak ‘sempurna’ tetapi ramai yang terserempak dengan kereta ini di serata Malaysia dan mengundang tanda tanya bagaimana kereta tersebut masih gagah untuk berjalan jauh.

https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1172186664594100226

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, kereta tersebut pernah beberapa kali ditahan oleh pihak polis atas beberapa kesalahan. Untuk pengetahuan anda, pada bulan April yang lalu, kereta tersebut telah ditahan polis di Jalan Baru, Perai, Bukit Mertajam kerana memandu melawan arus yang dikhuatiri boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Bagaimanapun, siasatan pihak polis mendapati pemilik kancil ini tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau atau dadah tetapi mempunyai saman atas kesalahan cukai jalan serta lesen memandu tamat tempoh dan kesalahan tidak mempunyai nombor pendaftaran di hadapan dan belakang kereta.

Tetapi pada ketika itu, tiada sebarang tangkapan atau rampasan dilakukan terhadap lelaki terbabit dan pemeriksaan lanjut mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama seorang lelaki yang tinggal di Tanjong Bungah, Georgetown.

Terbaru, menerusi satu tweet oleh pengguna media sosial di akaunnya @Penjejak_Baldi memuat naik satu gambar yang menunjukkan kereta kancil tersebut bukan sahaja ditahan oleh pihak polis tetapi telah ditunda menggunakan lori.

Ternyata kisah kancil lusuh ini sudah sampai pengakhirannya. Di ruangan komen pula ramai netizen yang kagum dengan kebolehan kancil tersebut yang mampu bergerak dan dipandu sehingga ratusan kilometer.

https://twitter.com/mmzkkir/status/1173537404717690881

https://twitter.com/amirshafyq/status/1173635221633163264

Mungkin kereta Perodua Kancil ini boleh mendapat gelaran “The Most Strongest Kancil” kerana mampu mengelilingi Malaysia walaupun dalam keadaan begitu. Dibawah kami sertakan artikel menarik mengenai seorang lelaki ‘lenjan’ kereta Proton Saga 2019 Naik Genting Highlands.

Tonton Lelaki Ini ‘Lenjan’ Proton Saga 2019 Naik Genting Highlands

Proton Wira Kekal Model Paling Banyak Dicuri Sepanjang Awal 2019

Tonton Ulasan Paling Jujur Untuk Proton X70