Jika anda merupakan salah seorang yang menonton video ‘Jungle Survival’ di YouTube sebelum ini, sudah pasti anda sering tertanya-tanya bagaimana video tersebut sebenarnya dihasilkan.

Walaupun mungkin ramai yang mengagak ianya dihasilkan oleh seorang jurukamera dan dua lelaki yang bekerja membina pondok dan kolam renang sebelum ini, namun sebenarnya ia adalah lebih daripada itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara itu mula menjadi buah mulut dalam kalangan netizen minggu ini apabila mereka mula berkongsikan apa yang boleh dikatakan sebagai ‘di belakang tabir’ pasukan yang menghasilkan video tersebut di beberapa platform media sosial.

Berbeza dengan sangkaan orang ramai yang video-video itu dihasilkan kumpulan kecil, gambar-gambar yang dikongsikan di sosial media menunjukkan sebaliknya.

Gambar-gambar itu dipercayai mula dikongsikan selepas terdapat gambar pasukan yang menghasilkan video tersebut bersama pencapaian Gold Play Button daripada YouTube mula tular sebelum ini.

Dibina berkumpulan bukan berdua

khout sokha 1
PASUKAN JUNGLE SURVIVOR KETIKA MENERIMA ANUGERAH DARIPADA YOUTUBE (SUMBER GAMBAR: MEDIA SOSIAL)

Walaupun tiada laporan dan temubual yang dilakukan kumpulan itu, namun gambar-gambar yang menunjukkan mereka sebenarnya adalah kumpulan besar mengejutkan ramai netizen.

Bukan sahaja ramai, malah beberapa gambar yang mula dikongsikan juga memberi bayangan mereka kelihatan seperti menghasilkan binaan itu dengan lebih daripada dua orang.

78338112_2255798021385005_4001359083922784256_o

Walaupun tidak menyatakan dengan jelas dan menceritakan dengan terperinci bagaimana video-video tersebut dihasilkan, namun sudah pastinya ianya adalah sesuatu yang baru untuk kita mengetahui mereka sebenarnya bekerja secara kumpulan yang besar.

Ini kerana jika dilihat dalam video-video mereka yang dimuat naik sebelum ini, binaan-binaan yang dihasilkan kelihatan seperti hanya dilakukan oleh dua orang sahaja. Namun gambar-gambar yang tular ini memberikan kita bayangan sebenar bagaimana ianya dihasilkan.

Jika anda belum pernah menonton video-video yang dihasilkan mereka sebelum ini, anda boleh menontonnya di pautan di bawah.

Berbeza dengan mereka bekerja secara berkumpulan besar, pasangan Sugu Pavithra sebelum ini pula hanya berganding bahu bersama dan menggunakan kamera telefon sahaja untuk merakam video mereka. Baca lebih lanjut mengenai mereka di pautan di bawah.

Hanya Rakam Menggunakan Telefon, ‘Channel’ YouTube Masakan Wanita Ini Kini Dibayar Google

Jawab Peperiksaan Sambil ‘Camping’, Pelajar Ini Kongsi Cabaran 24 Jam Atas Pokok Di YouTube

Siapa Sebenarnya Lelaki Dalam Video Pertama YouTube ini?