Namanya adalah Muhammad Sarim Akhtar, dia dikenali sebagai ‘penyokong kriket pasukan Pakistan yang marah’. Gambar yang menunjukkan wajahnya yang marah sambil mencekak pinggang adalah sewaktu dia menonton perlawanan Piala Dunia di antara Pakistan menentang Australia.

Gambar tersebut akhirnya viral secara mendadak dan kebanyakan netizen telah menjadikan gambar tersebut sebagai meme atau bahan lawak.

Dalam satu temubual bersama media tempatan, Sarim menggambarkan dirinya sebagai budak pejabat yang bekerja dari jam 9 pagi hinggalah 5 petang. Dia adalah juruaudit profesional dan tinggal di London bersama isteri dan anak-anaknya.

Namun, persoalannya kini, bagaimana orang biasa telah menjadi salah satu sensasi besar warganet? Sarim dalam temubualnya menceritakan bagaimana semua ini berlaku.

Pada 12 Jun 2019, satu pertandingan Piala Dunia melibatkan negaranya dijadualkan berlangsung. Pada mulanya, dia masih tertanya-tanya adakah dia patut hadir perlawanan tersebut.

Ketika itu, Sarim baru berpindah rumah dan dia juga baru membeli kereta. Dia rasa, dia perlu habiskan masa mengemas. Tambah dia lagi, perlawanan tersebut boleh diikuti di media sosial atau nanti dia boleh tonton sorotan perlawanan.

Tetapi ketika salah seorang teman baik Sarim memujuknya untuk menyertai mereka menonton perlawanan tersebut, Sarim bersetuju. Perjalanan selama 3 jam menuju ke stadiuam nampaknya menyusahkan, tetapi dia tetap dengan rancangannya.

Siapa sangka, pilihan yang dibuat oleh Sarim akhirnya mengubah jalan hidupnya. Hari dimana dia menonton perlawanan Piala Dunia adalah hari di mana dunia mula mengenal Sarim – lelaki dengan kemeja kotak-kotak yang mencekak pinggang dan berwajah garang.

Dalam temubualnya, Sarim menyatakan bahawa dia tidak menyangka bahawa gambar biasa dengan reaksi garang itu boleh menjadi viral dengan sangat cepat. Dalam beberapa minit selepas gambarnya viral, dia mendapat pelbagai mesej pesanan ringkas dari rakan-rakannya.

Tambahnya lagi, tidak lama selepas itu, dia melihat ada beberapa orang sudah mula menggunakan gambarnya untuk dijadikan bahan meme. Dia juga menyatakan bahawa 30 ke 45 minit selepas itu, seorang pengacara bersama jurukamera muncul untuk menemubual Sarim.

Seperti yang anda bayangkan, kemasyhuran yang tiba-tiba datang itu tidak hanya mengejutkan Sarim, malah keluarganya juga tidak tahu bagaimana mahu memahami situasi terbabit.

View this post on Instagram

😬

A post shared by Muhammad Sarim Akhtar (@msarimakhtar) on

“Jika anda bertanya kepada keluarga saya, mereka akan memberitahu anda bahawa saya telah membawa riak wajah marah saya dari rumah ke stadium dan kini telah menjadi terkenal,” katanya.

Anda pasti tertanya-tanya bagaimana keadaan Sarim sekarang. Walaupun kemasyurannya mula reda, tetapi dia masih lagi menerima beberapa mesej pesanan ringkas dari mereka yang mengikuti perkembangan dirinya.

Satu fakta yang dikongsi oleh Sarim adalah sebaik sahaja sukan kriket disambung semula selepas rehat panjang disebabkan oleh COVID-19, meme-nya kini kembali membanjiri media sosial.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Siapa Jalil Rasheed? Anak Muda Yang Hanya Sempat Menerajui PNB Selama 9 Bulan

Siapa Sebenarnya Lelaki Dalam Video Pertama YouTube ini?

Anti Islam Dan Hina Permaisuri Agong, Siapa Sebenarnya ‘Imam of Peace’?

Anda Mungkin Suka