Lazimnya apabila mengalami sakit tekak atau batuk, orang ramai lebih selesa untuk mendapatkan ubat terlebih dahulu sebelum memilih untuk ke klinik bagi berjumpa dengan doktor.

Antara ubat yang menjadi pilihan ramai adalah daripada jenama Difflam. Didakwa berkesan menghilangkan sakit tekak dan batuk antara yang membuatkan jenama ini menjadi pilihan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, pihak Twitter @health_malaysia pada hari ini telah mendedahkan 14 produk mengandungi pholcodine di Malaysia di mana produk-produk ini telah dibatalkan pendaftaran.

Antara yang mengejutkan ramai adalah Difflam: Anti-Inflammatory Lozenges With Cough Suppressant juga antara yang turut tersedia. Turut disertakan bersama beberapa produk lain yang dikeluarkan oleh pihak Pharmaniaga, Sunward Pharmaceutical dan sebagainya.

Perkongsian yang dibuat pihak Public Health ini telah mengejutkan ramai sekaligus menerima pelbagai respon di kalangan netizen. Berikut merupakan respon netizen mengenai penyenaraian ubat-ubat popular di pasaran ini.

Sementara itu, terdapat netizen yang memaklumkan tidak sebuah ubat daripada jenama Difflam dibatalkan pendaftaran. Sebaliknya produk tertentu iaitu Difflam with Cough Suppressant sahaja yang ditarik balik manakala Difflam lozenges masih boleh didapatkan seperti biasa.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dalam mendapatkan sebarang ubat. Sebaiknya, dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi yang sah sebelum mendapatkan sebarang ubat untuk menghilangkan sakit yang dialami.