Sekiranya anda merupakan seorang gamer dan mengikuti perkembangan kad grafik, pastinya anda cukup tahu kegilaan orang ramai kepada kad grafik yang baru sahaja dilancarkan Nvidia iaitu GeForce RTX 3080.

Spesifikasinya yang memukau serta berbaloi untuk dimiliki membuatkan para peminat seolah tidak sabar untuk mendapatkannya. Dalam pada itu, penjualan Nvidia GeForce RTX 3080 yang bermula pada 17 September lalu seolah tidak pernah mencukupi selepas terdapat pihak yang memborong dalam unit yang banyak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, pihak Nvidia memaklumkan masalah pengeluaran kad grafik RTX 3080 berkemungkinan berlarutan sehingga hujung tahun ini.

Disebabkan pengeluarannya yang sedikit serta sukar untuk didapatkan di pasaran, terdapat pihak yang sanggup mengiklankan kad grafik Nvidia GeForce RTX 3080 dengan harga yang tinggi.

Lebih mengejutkan iklan yang dimuat naik di Ebay telah dibida lebih 100 pembida dimana bidaan tertinggi ditawarkan pada harga $80,060 (~RM329,080) iaitu lebih 100 kali ganda lebih mahal berbanding harga asal iaitu $700 (~RM2,884.00).

3728716-desktopscreenshot2020.09.01-09.28.13.62

Berdasarkan tinjauan kami di Ebay, ratan-ratanya telah menjual semula kad grafik yang baru dilancarkan Nvidia ini dengan harga yang berganda lebih mahal. Agak mengejutkan melihat orang ramai sanggup berbelanja besar semata-mata untuk menjadi yang terawal untuk memiliki kad grafik daripada Nvidia ini.

Bulan lalu menyaksikan Asus melancarkan komputer riba serba lengkap mereka dengan harga sehingga RM49,999.

Asus ProArt StudioBook One Sedia Ditawarkan Dengan Harga RM49,999

ASUS ROG Malaysia Berkolaborasi Bersama Stoned & Co. Hasilkan Koleksi ‘Streetwear’