Mula diperkenalkan pada tahun 1991, jentera masterpiece keluaran Honda iaitu NSX masih lagi menjadi igauan buat orang ramai khususnya mereka yang cintakan kelajuan.

Mencecah usia tiga dekad pada tahun hadapan, sudah pastinya membuatkan model yang tidak jemu untuk dipandang ini lebih sukar untuk didapatkan sekaligus membuatkan model rare ini menjadi rebutan ramai.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Pada kali ini, seorang pengguna Facebook iaitu Azizul Ridzuan telah memuat naik sebuah post bagi mengiklankan Honda NSX miliknya dengan harga yang menarik. Difahamkan beliau merupakan pemilik pertama di Malaysia dimana model ini telah dibawa masuk secara terus dari Jepun.

101563300_10217523807590350_261112807310178350_o

Sumber: facebook azizul ridzuan

102686963_10217523806950334_6559100617944866028_o

Sumber: facebook azizul ridzuan

101971231_10217523804710278_720664022858843817_o

Sumber: facebook azizul ridzuan

Melalui perkongsian pemilik, Honda NSX yang sedia dijual ini hadir dengan enjin C30A 3.0 liter V6 dengan 258 kuasa kuda. Model ini sudah digunakan untuk bergerak lebih 120,000km setakat ini.

Dari segi modifikasi, model ini menggunakan sistem ekzos daripada GT-One F1 Japan. Sistem brek yang digunakan adalah daripada AP racing manakala suspension daripada Tein antara yang menjadi pilihan pemilik. Sport rim yang digunakan pula adalah daripada Work Emotion Japan. Selebihnya model ini masih lagi dikekalkan dalam bentuk yang asal.

102556501_10217523807030336_8000675926378792514_o

Sumber: facebook azizul ridzuan

102683264_10217523807350344_690978629471536267_o

Sumber: facebook azizul ridzuan

Menyoal dari segi harga, model ini pernah diiklankan dengan harga mencecah hampir setengah juta ringgit ini sedia ditawarkan beliau dengan harga istimewa iaitu RM320,000.

Para pemilik baharu juga diberikan waranti satu bulan daripada beliau jika berlaku sebarang kerosakan serta repaint, polish dan servis secara percuma. Sebuah tawaran yang menarik bukan?

Ketahui juga bagaimana Honda Civic standard ini berjaya menjadi rebutan sehingga dijual dengan harga tidak masuk akal iaitu setinggi RM213,525. Turut dikongsikan, kereta ‘Knight Rider’ yang ditawarkan dengan harga RM650,000.

Dianggap ‘Rare’, Honda Civic Ini Telah Dijual Dengan Harga RM213,525

Kereta Ikonik ‘Knight Rider’ Sedia Untuk Dijual Dengan Harga RM650,000

Anda Mungkin Suka