Sekiranya anda pernah membeli barangan di Shopee khususnya barangan yang dihantar dari China, pastinya nama pengirim Mr. Hu tidak asing lagi bagi anda. Pesan sahaja segala jenis barangan, boleh dikatakan hampir kesemuanya akan dikirim oleh orang yang sama iaitu Mr. Hu.

Beliau yang sebelum ini pernah trending di Twitter berikutan pengguna Twitter yang ingin tahu mengapa beliau sahaja yang kerap mengirim barang dari China, kini nama beliau sekali trending melalui ucapan Tahun Baru Cina oleh penerima barangan di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak hanya menerima ucapan, para pengguna di Twitter yang pernah menerima barangan yang dihantar Mr. Hu juga turut berterima kasih serta memaparkan barangan yang diterima.

https://twitter.com/TheOnlyRasyidah/status/1359918318233088001

Mengulas mengenai siapakah Mr. Hu secara ringkas, beliau dimaklukan merupakan ejen atau individu yang bertanggungjawab menguruskan urusan pos sehingga diterima penerima di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda yang kerap membeli barangan dari China, barangan yang dipesan berkemungkinan mengambil masa yang lebih lama daripada kebiasaan berikutan cuti perayaan yang panjang di China.

Anda boleh klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Mr. Hu.

‘Mr. Hu’ Nama Pengirim Barangan Dari China Ini Cetus Tanda Tanya Netizen

Marahkan Pengurusan, Pekerja J&T Mogok Dengan Membaling Barang Pelanggan