Bumi ini bulat atau rata? Persoalan ini boleh dikatakan sering dijadikan topik perdebatan diantara dua kepercayaan yang berbeza. Habis segala hujah dikeluarkan, segala fakta saintifik disenaraikan dalam mencari kata putus tentang siapa yang betul dan siapa yang salah.

Flat_Earth_illustration
SUMBER: PHYSICS WORLD

Anda pula bagaimana? Adakah anda seorang individu yang anti kepada mereka yang percaya bahawa bumi itu rata? Atau mungkin sebaliknya? Apa pun jawapan anda, setiap pandangan hendaklah diberikan perhatian yang sama rata.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kita seringkali mencampur aduk emosi dalam perdebatan atau dalam perbualan seharian tanpa cuba untuk memahami apa yang cuba disampaikan. Pernahkah anda terfikir, bagaimana fahaman ini boleh terjadi dan siapakah pengasas atau orang pertama yang percaya bahawa bumi itu rata?

Hari ini, kami akan cuba terangkan kepada anda tentang bagaimana fahaman ini boleh terhasil. Harapnya lepas ini anda boleh mengetahui sedikit sebanyak tentang sejarah fahaman ini.

Siapakah Pengasas Teori Bumi Rata?

Dalam setiap ideologi atau teori, pasti ada pengasasnya. Pengasas atau bapa kepada teori ini adalah seorang lelaki Inggeris dari Britain yang bernama Samuel Birley Rowbotham. Panjang betul namanya, kita panggil beliau Sam saja lah.

Rowbotham
SUMBER: CANTAB.NET

Sam adalah seorang penulis dan pencipta yang aktif pada penghujung abad yang ke 19. Ahli fikir yang kreatif ini dilahirkan pada tahun 1816 iaitu semasa berlangsungnya revolusi saintifik di kalangan masyarakat barat.

Pada ketika itu, terdapat beberapa kemunculan pandangan saintifik yang mula mencabar isi kandungan Bible. Hal ini telah mempengaruhi Sam untuk mengubah pemahamannya terhadap kitab tersebut.

5d5f04316f24eb2ec561b5f3
SUMBER: INSIDER

Sam menafsir kitab tersebut dengan secara literal. Seperti kitab suci Al-Quran, bait-bait kata dari Bible juga mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat yang tidak boleh kita ambil dengan secara membabi buta. Akan tetapi, aspek tersebut tidak diambil kira oleh Sam.

Pada ketika itu juga, terdapat beberapa usaha dari masyarakat barat untuk mentafsir semula isi kandungan Bible agar ia ‘lebih tepat’. Usaha ini terhasil dari desakkan individu yang skeptikal seperti John William Draper dan Andrew Dickson White yang pada ketika itu, gemar menyebarkan propaganda.

download
SUMBER: FINANCIAL TIMES

Kalau anda nak tahu, percubaan untuk menafsir kembali kitab inilah yang melahirkan teori bumi rata.

Tafsiran bumi itu rata dalam Bible

Dalam sibuk mentafsir kitab tersebut, ada beberapa ayat yang memberikan gambaran seolah-olah bumi itu adalah rata. Ayat-ayat dalam Isiah 11:12 dan 40:22, Psalm 75:3 dan Revelation 7:1 seakan-akan ‘menidakkan’ fahaman bahawa bentuk bumi adalah bulat.

Akan tetapi, seperti yang sudah diperkatakan sebentar tadi, bait-bait kata kitab Bible bukan lah sesuatu yang boleh kita ambil secara literal.

file-20200124-81336-8lvpni
SUMBER: THE CONVERSATION

Terdapat banyak maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik ayat-ayat yang terkandung di dalam kitab tersebut. Artikel dari Dr. Danny R ini menjelaskan maksud disebalik ayat-ayat yang mengundang kekeliruan ini.

Kelahiran teori bumi rata

Berikutan perdebatan diantara agamawan dan tokoh sains, Sam memilih untuk menilai semula pendirinya. Sam yakin bahawa ayat dari kitab Bible tidak boleh ditafsir sesuka hati tapi sebaliknya, hendaklah diambil secara terus terang atau literal berdasarkan ayat yang telah direkodkan.

Sam memang seorang individu yang gemar berfikir. Selain itu beliau juga sering menelaah buku dan memperdebatkan sesuatu. Hasil daripada itu mendorong Sam untuk menyebarkan dakyahnya tentang fahaman bumi rata.

Flat Earth
SUMBER: SPACE.COM

Untuk membuktikan fahamannya, Sam menggunakan hujah-hujah agama dari kitab Bible yang telah dikutipnya dan juga menggunakan kaedah mirip sains.

Pada tahun 1838, Sam mencipta satu kaedah bagi menentukan bentuk permukaan bumi yang sebenar dan kaedah itu diberi nama ‘Eksperimen Keratan Bedford‘ (Bedford Level Experiment).

Bedford_Level_Experiment_diagrams
SUMBER: BEDFORD LEVEL EXPERIMENT

Sebuah terusan sepanjang 15 km yang terletak di sebuah kampung bernama Welney, Bedford telah dijadikan lokasi kajian Sam. Kampung tersebut dipilih kerana bentuknya dan panjangnya yang lurus serta tidak diganggu apa-apa halangan.

Menggunakan peralatan seperti teleskop, Sam mengukur jarak penglihatan beliau dengan bot atau perahu yang terletak lebih kurang 9.7 km daripada lokasi beliau.

450px-Old_Bedford_River
SUMBER: BEDFORD LEVEL EXPERIMENT

Menurut hipotesis Sam, jika permukaan bumi adalah bulat dan mempunyai lengkungan, sudah pastilah permukaan air akan menutup penglihatan beliau dan seterusnya menghalang beliau dari melihat keseluruhan badan bot tersebut.

Hasil dari eksperimen yang dilakukan Sam beberapa kali ini menandakan bahawa permukaan air tersebut adalah rata dan menidakkan pandangan bahawa bumi mempunyai lengkungan dan memberi makna bahawa bumi ini bukan berbentuk bulat.

samuel-rowbotham-flat-earth-bumi-rata-939
SUMBER: ILUMINASI

Hasil uji kaji ini direkodkan Sam di dalam buku bertajuk Zetetic Astronomy: The Earth Is Not A Globe di mana pandangan dan bukti yang merekod fahaman ini dikompilasikan. Sayangnya, fahaman Sam ini tidak mendapat sambutan.

Bagaimana teori ini mula popular

Teori Sam tidak mendapat perhatian ramai pada awalnya tapi semua itu berubah apabila seorang saintis bernama John Hampden mula menjadi peminat nombor satu hasil kerja Sam.

Saintis terkenal di Royal Academy, London ini mencuba sendiri eksperimen Sam dan menemuni kesimpulan yang sama. Menggunakan kuasa dan reputasi yang ada, John mula menyebarkan idea bahawa bumi adalah rata dan Bible harus dikaji semula.

Hampden
SUMBER: PERIERGEIA

Oleh kerana John merupakan anak hartawan, beliau mempertaruhkan wangnya kepada mana-mana individu yang sanggup mencabar fahamannya.

Cabaran John itu disahut Alfred Russel Wallace, seorang pengkaji terkenal yang cukup berpengaruh pada ketika itu. Dengan taruhan £500 (~RM2,725) kedua-dua ahli fikir itu kembali ke Bedford untuk melakukan kajian.

Hampden-and-Wallace
SUMBER: PERIERGEIA

Alfred mencipta sejenis ujikaji yang lebih kompleks berbanding Sam dan oleh itu, berjaya membetulkan pengiraan mereka. Faktor luaran juga turut diambil kira Alfred dan hasilnya, Alfred dapat membuktikan bahawa terdapat lengkungan di permukaan air.

Walaupun perkiraan Alfred telah disahkan saksi, namun John tetap tidak berpuas hati oleh itu, Alfred mengubah suai peralatannya dan mengulangi uji kaji yang serupa. Ternyata, hasil dari ujikaji tersebut juga menunjukkan bahawa kesimpulan ujikaji Sam adalah flawed.

Namun begitu, John tetap tidak berpuas hati dan walaupun beliau tetap memberi £500 (~RM2,725) kepada Alfred kerana kalah taruhan, John tetap menolak kesimpulan Alfred dek kerana ketaksuban John terhadap hasil kerja Sam.

Fahaman teori bumi rata diteruskan

Sam menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1884. Meskipun bapa teori bumi rata telah tiada, fahaman ini masih tetap dipegang beberapa pihak yang menggelar diri mereka sebagai Universal Zetetic Society yang cukup aktif dalam menyebar dakyah tersebut menerusi penerbitan majalah dan risalah ideologi tersebut.

Terdapat sebuah gereja bernama Christian Catholic Apostolic Church yang turut berpegang kepada ideologi ini. Berpaksikan hujah agama yang diberikan Sam dalam karyanya, sebuah komuniti telah terhasil dan komuniti tersebut menggelarkan diri mereka sebagai ‘Komuniti Bumi Rata’

Meskipun sudah berabad berlalu, dan pelbagai artikel yang menidakkan fahaman ini dikeluarkan, masih ada dalam kalangan kita yang mempercayai ideologi ini. Apa-apa pun, angkasawan Malaysia sendiri pernah berkata bahawa bumi itu berbentuk sfera. Jadi, apa pula kata anda?

Untuk membaca komen Sheikh Muszaphar tentang bentuk bumi, klik pada pautan di bawah!

Isu Bumi Berbentuk Sfera, Jawapan Sheikh Muszaphar Buat Pengikut ‘Flat Earth’ Terdiam

Ini Jawapan Sheikh Muszaphar Apabila Dicabar Bersumpah Perihal Bentuk Bumi