Sekiranya orang ramai berkunjung ke negeri Kedah, pastinya Pekan Rabu antara lokasi yang dituju dalam mendapatkan aneka barangan. Pekan Rabu juga boleh dikatakan antara lokasi ikonik di negeri jelapang padi ini.

Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung di mana orang ramai tidak dapat merentas negeri, pastinya ramai yang merindui suasana serta barangan yang terdapat di Pekan Rabu Alor Star.

Menariknya, kini anda tidak lagi perlu ke Kedah untuk mendapatkan barangan yang terdapat di Pekan Rabu, sebaliknya segala barangan yang sering menjadi pilihan di Pekan Rabu kini tersedia di Shopee. Menarik bukan?

Ikuti perkongsian pengguna Twitter iaitu Nisa Kay dalam berkongsi barangan menarik yang boleh didapatkan terus menerusi kedai rasmi Shopee Pasar Mini Pekan Rabu Alor Star.

Untuk pengetahuan anda, Pekan Rabu merupakan sebuah pusat setempat yang menawarkan pelbagai barangan bermula daripada barangan dapur, makanan kering sehinggalah kepada pakaian. Menariknya, hampir kesemua barangan yang ditawarkan di sini merupakan barangan tempatan khususnya keluaran rakyat Kedah.

Antara yang menarik perhatian ramai sudah pastinya dodol lemak yang dihasilkan oleh Koperasi Pekan Rabu Alor Star. Rasanya yang manis dan berlemak pastinya membuatkan mereka yang pernah merasainya untuk mencuba lagi.

Khusus buat peminat kopi kampung, kopi cap Gantang pastinya antara yang menjadi pilihan. Khabarnya, kopi yang dihasilkan di Kedah ini sukar untuk didapati di kawasan lain melainkan di Utara Malaysia.

Perkara yang menarik perhatian kami dan pastinya membuatkan orang ramai selesa untuk mendapatkan barangan di Shopee Pekan Rabu ini sudah pastinya balutan kemas makanan yang dibeli. Dalam erti kata lain, anda tidak lagi perlu risau mengenai keadaan bahulu atau simpul kasih yang diborong dan dihantar dari Kedah.

Anda boleh lihat pelbagai lagi barangan menarik yang ditawarkan Shopee Pekan Rabu dengan klik di sini. Berdasarkan tinjauan kami, harga yang ditawarkan boleh dikatakan agak berpatutan dan berbaloi untuk didapatkan khususnya mereka yang mahukan produk keluaran Kedah.

Tular pada minggu lalu apabila sebuah Proton Saga keluaran 1989 yang tampak seperti baharu sedia untuk dijual dengan harga RM25,000.

Nampak Seperti Kereta Baru, Proton Saga Tahun 1989 Mahu Dijual Dengan Harga RM25,000

Syarikat IT Di Shah Alam Jadi Syarikat Pertama Didakwa Kerana Jual ‘Android Box’

Sumber