Pelitup muka atau pun face mask boleh dikatakan menjadi perkara yang wajib ada bersama kita ketika ini terutamanya ketika keluar dari rumah dan berada di tempat awam.

Walaupun masih ada sebilangan kecil yang enggan mematuhi saranan tersebut namun sebahagian besar masyarakat kita dilihat sudah terbiasa dengan pemakaian pelitup muka itu di musim penularan COVID-19 ketika ini.

Bagaiamanapun, tahukah anda pemakaian pelitup muka bukan sahaja mempunyai caranya yang betul namun turut mempunyai ‘pantang larang’ seperti yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham di akaun media sosialnya lewat malam semalam.

Dalam kiriman itu Dr Noor Hisham dilihat menasihati mereka yang gemar untuk menurunkan pelitup muka ke bahagian dagu ketika melakukan aktiviti seperti makan dan minum yang memerlukan mereka membuka pelitup muka tersebut.

“Sama ada anda memakai pelitup muka anda dengan betul atau alihkan kesemuanya,” tulis beliau sambil berkongsikan poster yang menerangkan kenapa pelitup muka tidak boleh diturunkan ke bahagian dagu.

Poster tersebut yang bertajuk ‘Jangan Turunkan Pelitup Muka Anda Ke Bahagian Dagu’ itu menceritakan dengan ringkas kenapa perbuatan tersebut tidak boleh dilakukan.

EdSuyhCVAAEuJ-h

Ini kerana pelitup muka yang diturunkan terutama yang berada di bahagian dalam akan tercemar kerana bersentuhan dengan tengkuk yang terdedah sebelum ini.

Ia akan bertambah teruk apabila bahagian dalaman pelitup muka yang bersentuhan itu dinaikkan kembali dan menutupi bahagaian mulut dan hidung.

Perkara itu menurut poster tersebut sekaligus akan membolehkan kedua-dua bahagian hidung dan mulut untuk menjangkiti virus, kuman dan bakteria yang telah melekat di pelitup muka tadi.

Jadi kepada anda yang sering menurunkan pelitup muka sebelum ini, mungkin pesanan daripada ketua pengarah kesihatan ini akan mengubah cara pemakaian pelitup muka anda.

Jika tidak mengikut saranan yang telah diberikan oleh pakar ini, ia mungkin menjadikan pemakaian pelitup muka anda sia-sia sahaja.

Baca perkongsian daripada pakar WHO ini tentang bagaimana untuk memakai pelitup muka dengan betul di pautan di bawah.

Doktor Ini Jelaskan Cara Memakai ‘Face Mask’ Dengan Betul Mengikut Standard ‘WHO’

Dua Lelaki Ini Tunjuk Bagaimana Naik ‘Roller Coaster’ Tanpa Menjerit Di Jepun

Terpilih Sebagai Felo Perdana Kementerian Kewangan, Pemuda Ini Rupanya Anak Kepada Dr Noor Hisham

Sumber