Bila mendengar perkataan atau pun terma Macau Scam ,pasti ramai yang berfikiran ianya mungkin kegiatan yang didalangi warga asing dan tidak melibatkan rakyat tempatan di negara kita.

Namun siapa sangka rakyat tempatan atau orang kita sendiri juga sebenarnya disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket penipuan yang makin berleluasa dan telah mengorbankan ramai mangsa dalam masyarakat kita sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat anda yang masih belum jelas, Macau Scam ini adalah merupakan sindiket penipuan telekomunikasi yang memperdaya mangsa dengan panggilan palsu dan ada ketikanya boleh mengakibatkan kerugian sehingga berjuta ringgit.

Menurut Astro Awani yang memetik Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urus Setia KPN, Datuk Asmawati Ahmad- sindiket ini beroperasi dengan empat cara iaitu menawarkan cabuan bertuah, tipu culik dan minta wang tebusan, spoofing pegawai polis atau agensi kerajaan serta pegawai bank negara atau bank komersial.

Kita tipu kita

Kembali kepada warga tempatan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan sindiket terbabit, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada semalam telah menahan lima individu termasuk seorang lelaki berpangkat Datuk Seri.

Apa yang mencuri perhatian adalah Datuk Seri tersebut dan isterinya menurut laporan yang terbit di Kosmo difahamkan terkenal dalam kalangan selebiriti tanah air dan sering berparti bersama mereka.

Bukan sahaja dikatakan rapat dengan golongan selebriti, malah mereka juga tanpa segan silu sering mempamerkan kehidupan mewah di media sosial sebelum ini. Bagaimanapun, nama mereka berdua kekal misteri apabila tidak didedahkan dalam laporan tersebut.

Tambah laporan Kosmo itu lagi, wang hasil kegiatan haram oleh lelaki itu tadi disyaki ‘dicuci’ atau dalam kata lain digunakan  untuk menjalankan perniagaan vape yang diusahakan oleh selebriti yang dikenali ramai.

“Wang hasil kegiatan haram itu kemudiannya ‘dicuci’ atau digunakan untuk menjalankan perniagaan vape yang diusahakan oleh selebriti yang telah dipanggil oleh SPRM di Putrajaya.

“Suspek bergelar Datuk Seri itu juga dipercayai merupakan rakan niaga kepada personaliti yang juga artis,” kata sumber kepada Kosmo.

Dan kini  bak kata pepatah Melayu ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua‘, Datuk Seri itu akhirnya telah pun ditahan bersama empat lagi individu lain dan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada semalam bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Bagaimanapun, butiran mengenai tempoh reman kesemua mereka tidak dikongsikan pihak SPRM kepada pihak media yang membuat liputan pada semalam.

Apa yang ingin ditekankan di sini bagaimanapun bukanlah kaitannya dengan mana-mana individu, tetapi jika benar dia terlibat dengan sindiket penipuan itu, maka ianya adalah yang sangat memalukan dan boleh menimbulkan perasaan marah kepada sesiapa sahaja.

Ini kerana mangsa-mangsa penipuan Macau Scam ini bukanlah remaja belasan tahun dan mereka yang muda mudi tetapi kebanyakannya adalah orang dewasa dan warga emas seperti yang sering terpampang di laporan akhbar-akhbar utama negara kita.

Dan tiada apa yang lebih mengecewakan daripada orang kita sendiri yang menipu masyarakat kita di luar sana.

Baca juga perkongsian kami mengenai sekumpulan pemuda ini yang mencetuskan kemarahan netizen kerana membuli ‘mak cik’ di Kelantan baru-baru ini menerusi pautan di bawah.

Tindakan Sekumpulan Pemuda Di Kelantan Ini Buli ‘Mak Cik’ Undang Kemarahan Netizen

Datuk Ayob Khan Baca Talkin, Pesan Kepada Polis Supaya Tidak Terlibat Rasuah Dan Pembelotan

SPRM: Rasuah Tetap Musuh No 1 Negara, Bukan Dadah

Sumber