Pastinya sangat aneh apabila terdapat helaian rambut pada bahagian dalam tapak kaki namun itulah yang terjadi buat seorang budak berusia 8 tahun di Slim River ini.

Kejadian aneh ini bukan sahaja janggal buat orang ramai, malah sesuatu yang baharu buat seorang doktor dengan 12 tahun pengalaman dimana buat pertama kalinya sepanjang karier beliau terpaksa melakukan pembedahan kecil bagi mengeluarkan sehelai rambut pada tapak kaki kanan .

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Pengasas Perkhidmatan Klinik Doktor Bergerak (DOCMOVE), Dr Hanafi Yahya, pada 11 September lalu beliau didatangi sebuah keluarga bersama kanak-kanak bersuai 8 tahun untuk menerima rawatan.

119791981_3660646913960039_1753043625676100612_n
Sumber: Facebook Hanafi Yahya

Difahamkan, kejadian berlaku apabila kanak-kanak bersama keluarganya berpindah pada malam pertama di rumah baharu. Sepanjang tempoh awal berpindah, pesakit ini sering mengadu sakit pada bahagian tapak kaki kanan.

Lebih menghairankan doktor, keluarga memaklumkan rambut yang terdapat pada bahagian tapak kaki pesakit terbabit boleh bergerak sekaligus membuatkan doktor ini pelik bagaimana sehelai rambut mampu memasuki ke dalam tapak kaki pesakit tersebut.

Menggunakan kepakaran beliau, doktor ini telah melakukan sebuah pembedahan kecil yang mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mengeluarkan rambut sepanjang 1.5 sentimeter.

Menurut Dr Hanafi Yahya, inilah pertama kalinya beliau terpaksa berdepan dengan situasi mengeluarkan sehelai rambut dalam tapak kaki manusia. Beliau juga turut memanjangkan kesyukuran selepas berjaya mengeluarkan rambut daripada tapak kaki mangsa.

Keadaan pesakit dilaporkan kembali normal selepas pembedahan kecil berjaya dijalankan. Dalam pada itu, Dr Hanafi Yahya mengatakan beliau masih lagi tertanya-tanya megnenai kejadian misteri yang berlaku terhadap pesakit yang dibedahnya.

Tular beberapa hari yang lalu apabila wanita yang mengaku memakai ribuan susuk ini berkongsi keputusan X-ray beliau.

‘Masa X-Ray Nampak, Tapi Waktu Bedah Hilang’ – Viral Gambar X-Ray Wanita Pakai Ribuan Susuk

Seperti Dalam ‘Catch Me If You Can’, Doktor Palsu Berkhidmat Di 16 Hospital Ini Hanya Lulus Darjah 5

 

Sumber