Valesky Barosy, pemuda berusia 27, sama seperti ‘anak-anak muda berjaya’ yang sering kali mempamerkan kehidupan mewah di media sosial dengan memiliki barangan mewah seperti pakaian berjenama Chanel dan Gucci, jam tangan Rolex serta Hublot dan sebuah Lamborghini Huracan EVO RWD Spyder.

Namun siapa sangka kemewahan dan kejayaannya yang sering kali dipamerkan itu rupa-rupanya hasil pemalsuan jumlah perbelanjaan tahunan, pendapatan dan cukai bagi mendapatkan bantuan dana COVID-19 berjumlah lebih $4.2 juta (RM17.6 juta) menerusi program ‘Paycheck Protection‘ (PPP).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pihak Mahkamah Persekutuan Miami telah mendakwa Valesky Barosy pada 29 Disember tahun lalu, dengan pelbagai jenis kesalahan seperti lima pertuduhan penipuan transaksi pembayaran, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kecurian identiti.

Mengikut pertuduhan, dia dan rakan sejenayahnya telah menerima kira-kira USD2.1 juta (RM8.8 juta) pinjaman PPP daripada skim penipuan itu. Jika Valesky Barosy disabit kesalahan, dia bakal dihukum ‘hidup’ meringkuk di dalam penjara sehingga 132 tahun.

Nampaknya ‘my next move‘ Valesky Barosy telah menjadi ‘my last move’ pada kali ini.

Niat mahu membuat konten ‘prank’ akhirnya memakan diri apabila influencer ini bakal dipenjarakan dalam salah satu penjara terburuk di Rusia. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Gara-Gara Konten ‘Prank’, Influencer Rusia Ini Mungkin Dihantar Ke Penjara Gulag

Paing Takhon, Lelaki Terkacak Dunia Yang Kini Dipenjara 3 Tahun Kerana Lawan Kerajaan