Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kadang-kadang nasib tidak menyebelahi diri kita apabila kamera perangkap laju atau pihak polis berjaya merekod dengan radar pengesan kelajuan. Surat saman akan sampai ke tangan tidak lama lepas itu.

Tetapi lain pula ceritanya di Indianapolis apabila seorang lelaki telah memberikan bahan bukti kesalahannya kepada pihak polis secara ‘percuma’ melalui rakaman video yang dimuat naik pada media sosial miliknya.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Pihak Polis Negeri Indiana memulakan siasatan terhadap Gabriel Sleiman selepas video yang dimuat naik ke YouTube pada 18 November tahun lalu. Di dalam video tersebut, dia telah memandu kereta Lamborghini Huracan melebihi 320km/j di sebuah lebuh raya Indianapolis.

Setelah menonton video tersebut, pihak polis menganggarkan kereta Lamborghini itu memecut sehingga 318km/j ketika bergerak bersebelahan sebuah kereta lain. Gabriel Sleiman telah memandu hampir 4 kali ganda dari kelajuan yang dibenarkan 88km/j pada lebuh raya tersebut.

Bila disoal siasat mengenai kesalahan yang dibuat dalam video tersebut, Gabriel Sleiman mengakui kepada pihak polis bahawa kereta Lamborghini itu miliknya. Tetapi dia mendakwa kereta itu tidak mampu mencapai kelajuan 320km/j dan rakaman video telah ‘disunting’ untuk membuat keretanya kelihatan lebih laju.

Rekod mahkamah negeri menunjukkan bahawa Gabriel Sleiman telah menerima 15 saman berkaitan dengan memandu melebihi had laju sejak tahun 2006 lagi.

Ramai pemandu berasa ‘bangga’ bila video memandu melebihi had laju dan berbahaya mendapat sambutan daripada followers. Tapi ingatlah ribuan views, likes, share dan komen tidak dapat membantu untuk bayar saman yang akan diterima nanti.

Baru-baru ada seorang penyanyi masih boleh ‘berjoget’ walaupun kereta Lamborghini Huracan Performante miliknya baru sahaja mengalami kemalangan.

Baru Sahaja Kemalangan Melibatkan Lamborghini, Penyanyi Ini Masih Boleh ‘Joget’ Dalam Hujan

Nissan Skyline R34 GT-R, Legenda JDM Yang Semakin ‘Mahal’ Walaupun Cecah Usia 20 Tahun

Umpama ‘Godzilla Vs Kong’, Kemalangan Dua Kereta Ini Menjadi Bualan Para Netizen

Anda Mungkin Suka