Perang dadah di antara kartel dan Kerajaan Mexico telah melalui satu masa yang panjang dan lebih sedekad isu ini tidak pernah diselesaikan. Beribu orang telah menjadi korban termasuk ahli politik, pelajar, wartawan dan orang awam.

Lebih 300,000 orang telah menjadi korban sejak perang anti dadah dimulakan pada 2006. Budaya ini terus-menerus menguasai Mexico dan semakin ramai telah menjadi korban nyawa dalam usaha untuk membanteras kartel yang semakin hari, semakin berkuasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Negara jiran, Amerika Syarikat telah menghabiskan berbillion dolar untuk membantu Mexico memerangi perang, tetapi sehingga sekarang kartel dadah terus menjadi kuat dan semakin berkembang.

1_ymw6kVzz-O-c5zU1AWr8Mw
Medium

Salah satu usaha Trump untuk memerangi dadah adalah membina tembok tinggi untuk menghalang dadah masuk ke Amerika Syarikat – walaupun kebanyakkan orang nampak tembok ini hanya berfungsi sebagai diskriminasi kepada negara jiran.

Amerika Syarikat bertungkung lumus mahu memerangi dadah disebabkan negara uncle sam adalah lubuk paling besar untuk pasaran dadah.

Drug Enforcement Administration (DEA) dalam laporan yang dikeluarkan menyatakan bahawa dadah seperti heroin, methamphetamine, dan cocaine banyak diimport masuk secara haram ke AS. Tapi sebenarnya, kartel Mexico memegang pasaran heroin dan methamphetamine. Untuk kokaine, kebanyakkannya datang dari Bolivia, Colombia dan Peru.

Sinaloa Kartel – Organisasi yang sukar dijatuhkan

Amerika Syarikat menyatakan bahawa Sinaloa kartel adalah sebuah organisasi terbesar dunia dalam aktiviti pengedaran dadah.

Ditubuhkan pada 1980-an dan selama penubuhan mereka, Sinaloa kartel telah dipimpin oleh seorang ‘tokoh’ dadah terkenal di dalam siri Netflix, Joaquín ‘El Chapo’ Guzmán. Untuk pengetahuan anda, El Chapo itu bermaksud pendek.

El Chapo pernah dianggap sebagai lelaki terkaya di dunia. Kehidupan dia adalah berkisarkan pengedaran dadah dan dia juga telah menjadi subjek dalam pelbagai siri buku dan juga drama televisyen.

Selama dipimpin oleh El Chapo, Sinaloa kartel mendapat reputasi yang tinggi dan di anggap sebagai kartel paling ganas di Mexico. Mereka telah menjalinkan hubungan yang kuat untuk mendapat akses kepada senjata-senjata merbahaya – peluru berpandu dan senjata api AK-47.

120113082946-mexico-drug-war-03-seizures-horizontal-large-gallery
CNN

Mereka telah menculik, menyiksa dan menyembelih ahli-ahli kumpulan lain yang tidak bersefahaman dengan mereka. Pantang sahaja bertemu, kartel di Mexico akan berperang bagi menuntut kawasan jajahan mereka.

CNN pernah menulis bahawa pada 2014 sahaja, El Chapo telah membunuh kira-kira 2,000 ke tiga 3,000 orang yang tidak bersefahaman dengan dia.

El Chapo pernah ditangkap pada pada May 1993 dan dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun di atas kesalahan mengedar dadah, menculik dan membunuh. Tetapi beliau berjaya meloloskan diri dengan merasuah pegawai-pegawai di penjara dan menurut Malcolm Beith, El Chapo menghabiskan $2.5 juta untuk merasuah semua orang yang terlibat.

Tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Mexico menangani isu El Chapo, Amerika Syarikat pada 2004 mengumumkan wang sebanyak $5 juta akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai informasi ke atas El Chapo.

sinaloa_cartel_pap
Facet

Uncle sam juga telah membeku semua aset sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan El Chapo, termasuk isteri beliau yang melahirkan anak kembar mereka di Los Angelas pada 2011 – salah seorang anak El Chapo, Edgar meninggal dunia pada May 2008 di akibat di tembak di kawasan parkir kereta.

El Chapo sekali lagi berjaya ditangkap dan ditempatkan di penjara dengan sekuriti paling ketat di Toluca, Mexico. Seperti biasa, dia sekali lagi berjaya meloloskan diri dengan cara paling terkenal sekali dengan menggunakan terowong bawah tanah yang dikorek di sebuah rumah berhampiran penjara.

Selepas berjaya melarikan diri dengan cara paling licik di dunia, El Chapo sempat berjumpa dengan Sean Penn dan telah ditemuramah oleh majalah paling popular Rolling Stone di mana dia mengakui mempunyai kapal terbang, kapal selam dan berjuta harta.

2A86258200000578-3160672-image-a-5_1436882621855
Daily Mail

Dalam temuramah tersebut, El Chapo mengakui bahawa dia telah menjadi lelaki paling berkuasa apabila menguasai pasaran dadah dan menjadi antara orang yang paling ditakuti.

Tetapi pada 2016, El Chapo ditangkap oleh pihak berkuasa Mexico dalam satu kejadian tembak menembak yang telah membunuh lima orang paling rapat dengan El Chopa. Dia dihantar terus ke Amerika Syarikat pada 2017 selepas kerajaan AS memohon kepada kerajaan Mexico untuk mengadili El Chapo di mahkamah Amerika Syarikat.

Dalam keterangan mahkamah, El Chapo mengakui bahawa dia pernah merasuah bekas Perdana Menteri Mexico, Peña Nieto sebanyak $100 juta tetapi dinafikan oleh pihak Nieto.

Guzmán telah disabitkan dengan 10 tuduhan, termasuk terlibat dalam usaha jenayah yang berterusan, konspirasi narkotik, pengedaran dadah antarabangsa jenis kokain, heroin, ganja dan ubat-ubatan haram. Dia juga disabitkan dengan kesalahan penggunaan senjata api.

9730848-6696291-In_this_2016_image_taken_inside_his_prison_cell_in_Mexico_El_Cha-a-9_1550059755506
Daily Mail

Pada Julai 2019, El Chapo dijatuhkan hukuman penjara seumur. Keputusan ini telah mengakibatkan keganasan yang berterusan di Mexico apabila beberapa kumpulan mengambil kesempatan untuk menguasai Sinaloa. Tetapi Sinaloa kartel menjadi semakin kuat dan terus menguasai barat laut Mexico dan sekarang diketuai oleh anaknya, Ovidio Guzmán Lopez.

Apabila anaknya ditangkap oleh pasukan keselamatan Mexico pada Oktober 2019, tentera yang mewakili Sinaloa karteltelah bertindak ganas dengan mengisytiharkan perang ke atas pasukan ketenteraan.

Mereka berperang dengan tentera, membakar kenderaan, dan bahkan mengadakan cuba menyerang penjara sebelum pemimpin mereka dibebaskan. Ia merupakan salah satu tanda bahawa Sinaloa kartel terus berkembang dan menjadi sangat kuat. Biarpun dengan ketiadaan El Chapo.

Berikut adalah cerita lain mengenai dadah yang pernah di tulis oleh kami. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Hampir Gila Kerana Dadah, Ini Yang Telah Berlaku Kepada Adik Saya

Berhati-Hati Di Lapangan Terbang. Ini Pengalaman Cemas Saya Bila Disyaki Bawa Dadah

8 Perkara Ini Bantu Penagih Dadah Itu Jadi Abstinen

Sumber