Kadangkala apabila pergi menonton filem terbaru di pawagam, selain popcorn teringin juga untuk makan makanan lain yang ada kan? Tetapi pernah atau tidak anda beli makanan yang memang tidak padan dengan harga yang anda bayar?

@fuzirbarry berkongsi di Twitter tentang hidangan Chicken Popcorn yang dibeli oleh rakannya di TGV Cinemas. Beliau bersimpati dengan portion makanan yang diterima oleh rakannya itu.

Chicken Popcorn berkenaan dijual pada harga RM15.90 (bersama air) atau RM13.90 (ala carte) dan untuk harga yang dibayar, ianya nampak langsung tidak berbaloi. Bilangan potongan ayam pun boleh dibilang dengan jari; hanya 13 potongan kecil ayam dalam kotak berkenaan.

Pengguna Twitter yang lain hanya mampu untuk ketawa dan bersimpati dengan kejadian berkenaan. Pihak TGV juga masih belum membalas tweet Fuzir Barry dan harapnya rakan Fuzir akan diberi set Popcorn Chicken yang baharu oleh pihak TGV. Siapa yang pernah terkena kejadian seperti ini? Boleh kongsi pengalaman anda di ruangan komen.

huawei
HYPE
100% Lebih Yakin Beserta Ganjaran & Rebat, Ini 5 Sebab Anda Perlu ‘Bertukar’ Ke Huawei
Baca lagi →