Istilah influencer sering juga diselubungi tanggapan negatif oleh para netizen sehinggakan istilah seperti influenza digunapakai untuk mereka yang popular di media sosial. Akan tetapi, tidak boleh dinafikan bahawa golongan influencer ini memang ramai yang bergaya dan majoriti daripada pengikut mereka juga merupakan penggemar gaya peribadi mereka.

Jepun merupakan sebuah negara yang sering dijadikan contoh dalam industri fesyen kerana stailnya yang kreatif. Rata-rata daripada social media influencer mereka juga sering mengenakan pakaian daripada jenama mewah. Akan tetapi, berbeza dengan Daisuke yang dikenali sebagai @dimda_ di Instagram.

https://www.instagram.com/p/CIBHb7sFdSM/

Influencer yang berpangkalan di Jepun ini mulai meminati fesyen seawal usia 11 tahun lagi. Menerusi temubual yang dibuat bersama Stylelumina, dia meminati kepelbagaian fesyen dari banyak negara. Meskipun dia meminati stail fesyen dari Korea Selatan dan Eropah, Daisuke tetap ingin menerapkan keaslian gayanya tersendiri dalam stail peribadinya.

Namun, apa yang menarik tentang Daisuke bukanlah terletak kepada stail fesyennya sahaja tetapi lebih kepada kreativitinya dalam menukar barangan harian menjadi designer goods. Mengambil inspirasi daripada kecantikan yang boleh dilihat disekitarnya, sudah banyak barangan harian seperti pelitup muka yang telah ditukar menjadi barangan berjenama mewah.

https://www.instagram.com/p/CFSCy9JFO2q/

“Saya memang meminati barangan vintej. Di Jepun, terdapat banyak barangan berjenama mewah yang rosak yang boleh didapatkan. Oleh kerana saya memang meminati barangan vintej, saya terfikir kalau saya boleh menggunakan semula barangan ini menjadi baru,” Katanya dalam temubual bersama VICE.

Pemegang kopi Louis Vuitton ini merupakan antara ciptaan kreatif Daisuke yang paling popular. Setakat artikel ini ditulis, perkongsian gambar ini telah mendapat sebanyak lebih 21 ribu likes!

Meninjau kepada ruangan komen kepada gambar tersebut, terdapat pelbagai variasi komen yang dapat dilihat. Walaupun ramai yang menyukainya, ada juga yang waswas tentang practicality ciptaan tersebut.

Daisuke turut membalas komen tersebut dan mengatakan bahawa dia sendiri pernah menggunakan pemegang kopi Louis Vuitton tersebut dan ianya praktikal. Menurut Daisuke, inspirasi untuk membuat pemegang kopi Louis Vuitton ini datang daripada pekerjaannya sendiri sebagai Barista.

https://www.instagram.com/p/CFj_p3IlrJZ/

Anda sering beli buah? Apa yang anda selalu buat kepada net bag buah tersebut? Buang? Mungkin selepas ini anda boleh memikirkan cara untuk menggunakan semula net bag tersebut seperti Daisuke yang menukarkannya menjadi baguette bag berjenama Prada.

Menurut Daisuke, dia selalu merasa tidak sedap hati untuk membuang sahaja net bags daripada epal yang dibelinya. Oleh sebab itu, dia mengubah semula barangan ini daripada membuangnya.

https://www.instagram.com/p/CDlxHqqFt4X/

https://www.instagram.com/p/CEJ8zBLl2cT/

Walaupun barangan ini kelihatan seperti senang untuk dibuat, Daisuke mengatakan setiap barangan ini mengambil masa yang lama untuk dibuat. Bagi yang meminati barangan ciptaan Daisuke, anda boleh lah melihatnya di akaun Instagram beliau kerana buat masa ini, Daisuke tidak merancang untuk menjualnya.

Untuk membaca cerita-cerita menarik mengenai fesyen, klik sahaja pada pautan dibawah!

7 ‘Sneakers Collab’ Hebat Yang Dibuat Eksklusif Untuk Malaysia

Lelaki Berpakaian Wanita, Bergaya Dengan Skirt Ketat Dan Kasut Tinggi Ke Pejabat Setiap Hari