Sebelum ini, YB Khairy Jamaluddin pernah berlakon dalam filem dan drama tempatan. Seperti mengikut jejak langkah beliau, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu iaitu Menteri Belia dan Sukan (KBS) dikhabarkan berlakon dalam sebuah drama siri.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @pkckAm telah berkongsi sedutan babak dalam sebuah drama Ratu Tenpin 2 dimana menunjukkan seorang wanita diserang dengan dibaling telur oleh beberapa orang penyokong lelaki ketika turun dari sebuah bas.
Mantap, Peja! Dia dah berlakon lah pulak sekarang. Taknak kalah dengan Najib! Bangga teman dengan orang Perak sorang ni! Kipidap! pic.twitter.com/SkE3r57UZC
— You (@pkckAm) July 21, 2022

Mencuri tumpuan apabila wanita itu dilindungi oleh seorang lelaki yang turun daripada bas tersebut dan serangan tersebut berjaya dihentikan. Lebih mengejutkan, lelaki tersebut adalah Faizal Azumu.
Perkongsian sedutan babak tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat babak itu serta berseloroh mahu ‘join’ untuk balik telur.
Jangan bazirkan bakat yang ada. Kasi Peja peluang jadi pelakon bukan menteri. https://t.co/wTwOjFRhjp
— Firdaus Samad (@firdsamad) July 22, 2022
Peja buat part time cari duit poket lebih https://t.co/oUl1IlKV4Q
— عمرانYan (@ImranYouta) July 22, 2022
Kalau aku ada job jadi extra untuk baling telur dekat peja ni dah lama aku apply. Dia suruh beli telur sendiri pun aku sanggup. Tapi kena banyak take shot la. Sebab asyik kena cut sebab aku baling telur tak lari². https://t.co/I1oyBM09cZ
— 𝐆𝐔𝐃𝐆𝐀𝐑 𝑨𝒎𝒃𝒂𝒔𝒔𝒂𝒅𝒐𝒓 (@bobbytalkshit) July 21, 2022
Impressive acting. https://t.co/FCJXgJUoZF
— The Garuda (@HRDipendra) July 21, 2022
I LITERALLY LAUGHING OVER THIS SCENE https://t.co/V8FuKyTHMP
— momosushi 🍣 (@badeuminton) July 21, 2022
Tidak hanya itu, ada juga netizen yang memuji lakonan Faizal dalam babak tersebut dan mengatakan tidak patut beliau sia-siakan bakat lakonan yang ada. Bagi anda yang mahu menonton drama ini, bolehlah tonton di Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam11 malam.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.
Akui Mampu Berbini Dua Dengan Gaji RM1,500, Luahan Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen