Makeup merupakan ‘best friend’ wanita dan tipulah jika anda tidak miliki sebarang makeup. Adakah anda pernah mendengar jenama produk terkenal, KISS NEW YORK?

Buat anda yang sudah biasa mendengar atau ianya produk kecantikan kegemaran anda, pastinya anda sudah tahu akan kualiti produk tersebut. Terbaharu, KISS NEW YORK telah bekerjasama dengan pengeluar produk kecantikan tempatan, Yap International Trading Sdn. Bhd. untuk mencari KISS NEW YORK LADY di Malaysia!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bermula pada bulan Ogos dan akan berakhir pada bulan Disember, 10 peserta yang popular dan berbakat akan dipilih setiap bulan dan juara bulanan akan layak ke peringkat akhir secara automatik.

Para pemenang akan diumumkan di laman web rasmi KISS NEW YORK LADY ASIA 2020 dan juara akan dapat hadiah wang tunai berjumlah USD 1,000 (~RM4,244) dan 9 pemenang lain menerima peralatan rambut yang lumayan.

Lebih menarik, juara pada peringkat akhir akan menerima hadiah wang tunai sebanyak USD 10,000 (~RM42,440) dan berpeluang ke New York untuk melihat karisma fesyen Big Apple. Semua perbelanjaan akan ditanggung penganjur, cuma perlu berfesyen dengan kreatif dan penuh keyakinan diri sahaja!

Bukan sahaja di Malaysia, pencarian jelitawan ini akan dijalankan serentak secara sepenuhnya pada Ogos di Singapura, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Vietnam, Myanmar, Indonesia, Thailad dan Mongolia.

Cara-cara penyertaan jadi KISS NEW YORK LADY

photo_2020-07-29_17-37-11

1. Berumur 18 tahun dan keatas, dan membeli sebarang produk KISS NEW YORK di Guardian

2. Muat naik gambar atau video secara kreatif di media sosial seperti Facebook, Instagram dan letakkan hashtags  #kissnewyork, #Kissnewyorklady, #kissnewyorklady_malaysia

3. Berikan komen anda selepas menggunakan produk tersebut di sini.

Terma dan syarat

Pihak pengajur berhak untuk mengubah dan menggantikan hadiah pemenang. Malah, jika pihak penganjur mendapati kandungan yang dilampirkan tidak sesuai dan tidak mematuhi peraturan atau tidak memenuhi syarat pertandingan ini,
pihak penganjur berhak memadamkan foto, video dan membatalkan kelayakan peserta tanpa sebarang notis.

Mudah sahaja, bukan? Untuk maklumat lanjut dan ingin dapatkan tips untuk menang, bolehlah layari laman sesawang ini.

Sementara itu, kami ingin kongsikan kepada anda tips kecantikan yang mungkin berguna untuk anda. Klik sahaja pautan di bawah ini.

5 Bahan Semula Jadi Yang Baik Untuk Penjagaan Kulit Anda

13 Produk Kecantikan Yang Anda Wajib Miliki Untuk Tampil Berseri Di Pagi Raya