Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak malam semalam tular sebuah rakaman dashcam daripada sebua kereta Mercedes-Benz AMG C63 yang hampir terlibat dalam kemalangan.

Pemandu berkenaan dilihat memecut laju selepas lampu isyarat bertukar hijau. Berkemungkinan sudah biasa menyusuri jalan tersebut, beliau kekal memecut dan terkejut apabila trafik tidak bergerak di hadapan.

Walau bagaimanapun, pemandu berkenaan tidak lekas panik dan menekan brek dan terus menuju ke bahagian kiri jalan. Nasib menyebelahinya kerana tidak berlanggar dengan mana-mana kereta atau motosikal yang berada di hadapannya.

Antara komen yang ditinggalkan pengguna

Berdasarkan komen pengguna Instagram amirsofii di akaun Vocket Car Club, beliau sudah cukup arif dengan jalan tersebut dan berkata pada hari biasa di waktu malam, jalan tersebut sememangnya sunyi dan lengang. Namun disebabkan musim perayaan, kereta menjadi banyak walaupun di waktu malam.

Rata-rata netizen lain yang melihat video berkenaan turut berkata pemandu berkenaan sangat bernasib baik dapat mengawal keretanya dengan baik dan mengelak daripada jadi punca kemalangan.

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan nasihat ketika menyusuri jalan yang menaiki ramp atau bukit, elakkan memecut laju kerana anda tidak tahu keadaan trafik di hadapan nanti.

Semoga video ini menjadi pengajaran untuk semua. Elakkan memecut laju di kawasan dalam bandar kerana jalan yang kosong jangan disangka tiada ‘traffic jam’.

Ini beberapa artikel berkenaan kemalangan yang hampir ‘makan’ nyawa. Baca lagi pada pautan di bawah.

Netizen Tergamam Lihat Rakaman Penunggang Motosikal Nyaris Dilanggar Ford Mustang

‘Bagai Telur Di Hujung Tanduk’- Orang Ramai Ngeri Lihat Penunggang Motosikal Tergelincir Dan Nyaris Digilis

Nyaris Digilis Semasa Isi Angin Tayar, Kecuaian Pemandu Lori Treler Ini Buat Netizen Berang

Anda Mungkin Suka