JBL Concert Run merupakan acara maraton yang menggabungkan sukan dan muzik. Acara ini bakal diadakan pada Sabtu, 15 September 2018 bermula jam 7 petang di Sunway Lagoon Surf Beach. Dalam acara ini, para peserta perlu melengkapkan larian 5 kilometer. Selain itu, para peserta juga dijemput untuk menyaksikan konsert yang berlangsung di pantai luncur Sunway Lagoon.

Para peserta akan melalui lima stesen hiburan bertema iaitu Rock Stage, Pop Warrior Obstacle, Safari Music Zone, Techno Tunnel, dan Jazz Lazy River. Para peserta perlu melengkapkan setiap cabaran yang telah ditetapkan di stesen-stesen tersebut.

p1ch247hjc1aej1r141s4a1i42su44

Penyanyi tempatan yang terkenal iaitu Hael Husaini dan Joe Flizzow akan membuat pernampilan di konsert yang akan bermula pada pukul 9 malam. Selain penyanyi tempatan, selebriti Hong Kong, Hubert Wu juga akan membuat penampilan istimewa pada malam itu.

Selain konsert, para peserta yang menyertai JBL Concert Run akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam cabutan hadiah bertuah untuk memenangi sebahagian daripada hadiah bernilai RM 150,000.

Buat anda yang ingin menyertai JBL Concert Run ini, anda masih boleh membeli pakej ‘beli 2 percuma 1’, kerana tempoh pendaftaran untuk pakej ini akan dilanjutkan dari 22 Jun 2018 sehingga 30 Jun 2018.

Selain itu, pakej individu dan keluarga juga akan dilanjutkan bersama. Setiap peserta akan menerima door gift daripada pihak penganjur t-shirt, pingat dan peralatan audio JBL bernilai RM69.90 (untuk kumpulan dewasa) dan  RM129 (untuk kumpulan kanak-kanak).

Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd berjaya menjadi  pengedar tunggal JBL di Malaysia. Anda boleh klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai JBL Concert Run.