Pantun suatu masa dahulu digunakan sebagai tujuan komunikasi yang wujud dalam bentuk kiasan. Ia merupakan salah satu kebanggaan orang Melayu yang mempunyai nilai puitis yang sangat tinggi.

Nak berpantun memerlukan kreativiti yang tinggi. Bukan senang nak atur-atur ayat jadi sedap dan paling penting ia perlu mempunyai ritma a,b,a,b di pengakhiran. Terdapat beberapa jenis pantun yang ada contohnya, Pantun Nasihat, Pantun Teka- Teki, Pantun Berkasih-kasihan, Pantun Agama dan sebagainya.

Berpantun memerlukan bakat yang tak semua orang ada. Kalau anda ada bakat dalam berpantun, anda mungkin dikira hebat. Tapi lagi sayang kalau ada bakat berpantun tapi anda malu untuk tunjukkan. Jom sertai pertandingan berpantun dari LBS,  anda boleh menang pelbagai hadiah menarik.

Balas Pantun dan menangi wang tunai serta percutian di SCAPES Hotel Genting Highlands.

“Kalau awak jual saya beli!”, bukan saja-saja kami nak suruh anda tunjukkan bakat berpantun. LBS nak beri anda peluang untuk memenangi percutian dan juga wang tunai dengan hanya berpantun.

Screenshot 2021-05-04 at 8.45.04 PM

Hadiahnya ialah:

  1. Tempat Pertama: Wang tunai bernilai RM2,000 dan Percutian 3 hari 2 malam di SCAPES Hotel, Genting Highlands X 1
  2. Tempat Kedua: Wang tunai bernilai RM1,500 dan percutian 3 hari 2 malam di SCAPES Hotel, Genting Highlands X 1
  3. Tempat Ketiga: Wang tunai bernilai RM800 dan percutian 3 hari 2 malam di SCAPES Hotel, Genting Highlands X 1

Jangan risau kalau tak menang hadiah tempat pertama sehingga tempat ketiga, sebab anda masih lagi berpeluang untuk memenangi baucar wang tunai SCAPES Hotel, Genting Highlands bernilai RM300. Ada 10 orang akan dipilih. Selain itu, ada juga 12 lagi wang tunai bernilai RM100. Seronoknyaaaa, pantun-pantun dapat RM100.

Sementara itu, tengok dulu video Raya dari LBS, mana tahu mungkin anda akan dapat inspirasi nak berpantun.

Macam mana nak sertai pertandingan LBS Balas Pantun?

Senang sangat nak masuk dan menang hadiah menarik. Sambil-sambil itu, anda boleh sebarkan bakat berpantun dekat orang lain juga.

Seronok berpantun ni, buat otak anda ligat berfikir apa yang anda mahu balas. Lagi seronok kalau pantun anda ada makna yang mendalam.

Screenshot 2021-05-04 at 8.45.23 PM

Mudah saja. Ikut langkah dibawah kalau anda nak sertai pertandingan ini.

  1. Muatnaik gambar atau video korang berpantun di Instagram
  2. Letakkan hashtag #BalasPantunDenganKumika di kapsyen
  3. Tarikh penyertaan dari 4 Mei hingga 22 Mei 2021
  4. Tarikh untuk vote adalah dari 28 Mei hingga 6 Jun 2021
  5. Pastikan akaun Instagram korang tu public tau!

Seramai 25 orang pemenang akan dipilih!

25 pemenang yang menghasilkan pantun yang paling kreatif dan juga mempunyai jumlah tanda suka yang paling banyak akan ke pusingan pengundian. Dari situ, orang ramai pula akan undi pantun anda. Setiap orang boleh undi sehingga 10 kali sehari melalui Facebook.

Para peserta digalakkan untuk kongsikan borang pengundian tersebut di laman social Facebook atau Twitter mereka. Siapa yang dapat undian paling banyak akan menang.

Anda kena lihat dulu SCAPES Hotel, Genting Highlands ini. Memang cantik betul.

General-Area-3D-2019-02-11-07-630×446 Hotel-Room-Type-A1-Typical-BATHROOM_R1-630×656 Hotel-Room-Premier-Suite-630×380 Hotel-Room-Type.B_Bathroom_02.11.2017-630×656 General-AreaINDOOR-BAR_V4-630×326

Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini. Selamat berpantun!

– Info terbaru ini dikemaskini pada 11 Mei 2021