Status Nooryana Najwa Najib, anak kepada bekas perdana menteri Najib Abdul Razak mendapat amaran daripada Instagram sebagai maklumat palsu. Ini selepas beliau memuat naik satu kata-kata yang menyeru kepada perlawanan menentang ketidakadilan.

Beliau yang mesra dikenali sebagai Yana Najib telah memuat naik satu kata-kata yang terkenal iaitu ‘When injustice becomes law, resistance becomes duty.‘ Kata-kata ini terkenal disebabkan ia menyeru kepada perlawanan dengan sistem yang tidak adil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, Instagram telah memuat naik satu informasi Fact Checker di Instagram Story Yana Najib, di mana mereka menyatakan bahawa ia adalah maklumat palsu kerana Thomas Jefferson tidak pernah mengeluarkan kata-kata tersebut.

Tidak pasti Instagram Story yang dimuat naik oleh Yana Najib itu ditujukan kepada siapa, namun kebanyakan pengguna maya percaya ia ada kaitan dengan kes SRC yang kini sedang dihadapi oleh ayahnya di mahkamah.

Melalui ciapan Tom Wright, pengasas Project Brazen, beliau berkata bahawa Instagram Story yang dimuat naik oleh Yana Najib itu ditanda sebagai maklumat palsu disebabkan beliau menyeru kepada keganasan jika ayahnya dimasukkan ke dalam penjara.

“Status anak perempuan Najib ditanda di Insta. Saya fikir ia adalah kerana dia nampaknya menyeru [kepada] keganasan jika ayahnya dipenjarakan. Ternyata ini adalah petikan Jefferson palsu,” katanya.

Selain itu, beberapa pengguna maya yang lain turut memberi reaksi yang sama apabila status Yana Najib di Instagram Story telah ditanda sebagai maklumat palsu oleh Instagram.

Untuk rekod, hari ini merupakah hari keempat pendengaran rayuan Najib bagi mengetepikan sabitan dan hukumannya dalam kes rasuah SRC International RM42 juta di Mahkamah Persekutuan.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali turut menjatuhkan hukuman namun membenarkan permohonan peguam agar ia ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib dan mengekalkan sabitan ke atasnya.

Nooryana Najib jawab Leissner hanya bantunya dapat jawatan ‘Intern’ di London. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Nooryana Najib Jawab Leissner Hanya Bantunya Dapat Jawatan ‘Intern’ Di London

Beg Tangan Rosak, Rosmah Mahu Kerajaan Bayar Ganti Rugi Atau Gantikan Dengan Yang Baharu

Tiada Penjarakan Sosial Daripada Penyokong Najib, Netizen Jangka ‘Kluster Bossku’ Dalam Pembikinan