Sekiranya anda mengikuti bisnes Amazon, pastinya anda cukup kenal bagaimana syarikat ini begitu komited dalam memberikan servis penghataran yang terbaik buat para pelanggan. Bermula dengan Amazon Prime yang menawarkan penghantaran pada hari yang sama, syarikat ini meneruskan pula penghantaran yang lebih pantas dengan servis penghantaran menggunakan dron.

Kini melalui Amazon Key, pengguna berpeluang mendapatkan barangan dihantar terus ke dalam rumah meskipun anda tidak berada di kediaman anda. Apa yang perlu pengguna dapatkan hanyalah Amazon Cloud Cam dan Amazon Smart Lock. Tonton video ini untuk mendapatkan idea penuh bagaimana Amazon Key berfungsi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →