Mula menawarkan servis sewaan kenderaan bagi para pemandu untuk menjalankan servis e-hailing Grab, kini servis ini diperluaskan buat para pengguna pula sekitar Kuala Lumpur.

Berbeza dengan servis GrabCar biasa, servis ‘GrabCar Rental’ menawarkan perkhidmatan sewaan dengan cas bayaran mengikut jam. Cas yang ditawarkan pula sudah termasuk dengan cas petrol kenderaan yang disertakan sekali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, servis ini tidak ditawarkan secara 24 jam sebaliknya cuma ditawarkan pada jam 9 pagi sehingga 8 malam. Pastinya servis ini lebih dipilih untuk golongan bekerja yang ingin sesebuah tempat dengan lebih mudah dan fleksibel di dalam waktu bekerja. Berikut merupakan cas yang dikenakan Grab berdasarkan servis yang ditawarkan.

grabcar-rental-kl-02
Sumber: Lowyat

Setakat ini, GrabCar Rental cuma ditawarkan di KLCC dan dijangka lebih banyak tempat bakal ditawarkan Grab untuk servis ini sekitar Kuala Lumpur.

Sumber