Adakah anda seorang yang susah untuk bangun sahur? Atau mungkin anda tidak mempunyai sesiapa untuk mengejutkan anda di waktu awal pagi. Jangan risau, kini dengan ServisHero segalanya menjadi lebih mudah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ServisHero yang sememangnya terkenal dengan penawaran servis yang pelbagai termasuk kini perkhidmatan pembersihan, membaiki paip, elektrik dan sebagainya bakal meneruskan servis yang dilancarkan pada tahun lepas iaitu menggerakkan orang ramai untuk bangun bersahur.

Servis ini bakal dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini dengan bayaran RM20 untuk satu bulan. Apa yang perlu anda lakukan jika berminat dengan servis kejut sahur daripada ServisHero adalah layari laman web mereka di sini dan memasukkan butiran yang diperlukan untuk mengaktifkan servis ini. Sangat mudah! ServisHero bakal kejutkan anda seawal jam 5 pagi.

Selain itu, ServisHero turut menyediakan servis membersihkan rumah sepanjang bulan Ramadhan. Anda boleh dapatkan servis ini dengan harga diskaun RM20 dengan memasukkan kod ‘RAMADAN2017’.