Di dalam dunia yang penuh dengan masalah keselamatan masa kini mungkin akan membuatkan kaum hawa rasa terancam serta perlu lebih berhati-hati. Pelbagai usaha yang telah yang dilakukan untuk memberi keselesaan yang sempurna buat para wanita di luar sana.

Sebelum ini pihak kerajaan telah memperkenalkan koc wanita untuk pengguna LRT dan kini para wanita bakal mendapatkan akses yang hampir sama dengan kehadiran Riding Pink. Sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan servis ala Grab dan Uber khas buat para wanita.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

14589780_910795252386619_1750275809278471739_o

Apa yang membuatkan Riding Pink berbeza berbanding servis-servis lain adalah misi mereka itu sendiri. Riding Pink berhasrat untuk memberi keselamatan dan keselesaan buat para wanita ketika menaiki kenderaan serta menyediakan altenatif khususnya suri rumah mendapatkan pendapatan sampingan. Lebih menarik, Riding Pink cuma ditawarkan buat pengguna wanita daripada pemandu wanita.

Menyoal mengenai sejarah penubuhan Riding Pink, skuad ini ditubuhkan oleh seorang wanita yang sudahpun mempunyai karier di dalam hidupnya. Demi memberi kebaikan buat anaknya, beliau memilih untuk berhenti kerja dan serta memfokuskan kepada penjagaan kedua-dua anaknya.

Memikul tanggungjawab yang besar serta sibuk buatkan beliau terfikir bukanlah mudah untuk mendapatkan pendapatan dengan waktu kerja yang fleksibel. Disini munculnya idea untuk membangunkan Riding Pink bagi membantu suri rumah untuk menjana pendapatan dengan menjadi pemandu skuad Riding Pink.

14589854_910765089056302_4597063661616860019_o

Idea beliau untuk menbangunkan Riding Pink sebagai servis pengangkutan pertama di Malaysia ini mendapat sambutan baik daripada ibu tunggal, surirumah serta para wanita yang mahu menjana pendapatan yang lebih.

Menawarkan servis yang fleksibel membolehkan para pemandu dan penumpang merancang perjalanan dengan lebih mudah. Antaranya adalah servis pergi dan ambil anak di sekolah dengan syarat penumpang lelaki di dalam kenderaan haruslah berumur 16 tahun ke bawah.

14502965_910762719056539_6004458813884831960_n

Buat yang berminat untuk menempah servis Riding Pink, anda boleh terus ke laman Facebook mereka. Pembangunan aplikasi Android dan iOS masih di dalam proses dan bakal dilancarkan tidak lama lagi.