Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan bahawa Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih kepada Fasa 2 PPN pada Jumaat lepas.

Lantaran itu, tular video situasi di kawasan Air Terjun Sungai Pisang yang sesak dengan kehadiran pengunjung. Hal tersebut membuatkan rakyat Malaysia bimbang akan tercetusnya kluster baru jika ada segelintir individu tidak mengamalkan SOP.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/sueshi___/status/1437256789788028935

Akan tetapi, tahukah anda bahawa sebenarnya untuk masuk ke kawasan hutan hutan perlu mendapatkan permit terlebih dahulu? Hal tersebut dikongsikan oleh pengguna Twitter @Jatlkhwan dimana memaparkan lampiran lokasi hotspot pendakian dalam negeri Selangor yang dibenarkan masuk dengan permit.

Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat bahawa had daya tampung dibenarkan hanya 100 orang seminggu dan selain Air Terjun Sungai Pisang, destinasi melibatkan hutan perlu diminta permit.

Anda boleh ditangkap menceroboh jika tiada permit dan untuk memohon permit boleh dilakukan secara ‘online’. Melihat ke ruangan komen, boleh dikatakan ramai orang berasa terkejut kerana perlukan permit dan baru sahaja ketahui informasi tersebut.

https://twitter.com/Myoll_/status/1437596607063597059

https://twitter.com/syahrizo/status/1437593703640567808

https://twitter.com/HaiSyahhh/status/1437578778436255748

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga tertanya-tanya akan pelaksanaan penguatkuasaan permit ini kerana tiada orang semak permit di kawasan terbabit. Malah, para netizen turut mengatakan seharusnya semua orang mengamalkan SOP walaupun kelonggaran telah dibenarkan.

Difahamkan, Jabatan Perhutanan Selangor masih lagi menutup semua operasi dan aktiviti di Taman Eko Rimba, Denai dan Jalur pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa 2.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Tular Gambar Sesak Dengan Pengunjung, Bukit Broga Bakal Ditutup Mulai 27 Jun

Tular Dakwaan Tahan Pesakit ‘Sihat’ Di ICU, Ini Jawapan KKM

Selepas Langkawi, Pulau Pangkor Bakal Dibuka Semula Mulai 1 November Untuk Pelancong Tempatan