Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan bahawa Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih kepada Fasa 2 PPN pada Jumaat lepas.
Lantaran itu, tular video situasi di kawasan Air Terjun Sungai Pisang yang sesak dengan kehadiran pengunjung. Hal tersebut membuatkan rakyat Malaysia bimbang akan tercetusnya kluster baru jika ada segelintir individu tidak mengamalkan SOP.
https://twitter.com/sueshi___/status/1437256789788028935
Akan tetapi, tahukah anda bahawa sebenarnya untuk masuk ke kawasan hutan hutan perlu mendapatkan permit terlebih dahulu? Hal tersebut dikongsikan oleh pengguna Twitter @Jatlkhwan dimana memaparkan lampiran lokasi hotspot pendakian dalam negeri Selangor yang dibenarkan masuk dengan permit.
Rupanya yang pergi Air Terjun Sungai Pisang ramai-ramai tu tak ada permit. Dan Air Terjun Sungai Pisang cuma ada had daya tampung 100 orang seminggu.
Dah dah, pergi cari air terjun lain. Yang penting, minta permit, kang kena tangkap ceroboh. pic.twitter.com/SjUc3i6P68
— Ikhwan (@JatIkhwan) September 13, 2021
Menerusi perkongsian tersebut, dapat dilihat bahawa had daya tampung dibenarkan hanya 100 orang seminggu dan selain Air Terjun Sungai Pisang, destinasi melibatkan hutan perlu diminta permit.
Anda boleh ditangkap menceroboh jika tiada permit dan untuk memohon permit boleh dilakukan secara ‘online’. Melihat ke ruangan komen, boleh dikatakan ramai orang berasa terkejut kerana perlukan permit dan baru sahaja ketahui informasi tersebut.
Tak pernah tau pun. Tapi yang peliknya ada makcik pakcik dekat before masuk tu, tiba2 duk kutip RM1
Parking mana, cakap luar eh dia cakap bayar gak 😂 macam pelik je bayar kat dia https://t.co/OF8KdBGpdf
— aeda (@ppparid) September 14, 2021
https://twitter.com/Myoll_/status/1437596607063597059
https://twitter.com/syahrizo/status/1437593703640567808
#TIL ada Air Terjun yg kena apply PERMIT untuk masuk beriadah, bukan Bukit & Gunung shj. https://t.co/fQJQdtJ79I
— Gojira Rawrr (@adrujaMK) September 14, 2021
https://twitter.com/HaiSyahhh/status/1437578778436255748
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga tertanya-tanya akan pelaksanaan penguatkuasaan permit ini kerana tiada orang semak permit di kawasan terbabit. Malah, para netizen turut mengatakan seharusnya semua orang mengamalkan SOP walaupun kelonggaran telah dibenarkan.
Difahamkan, Jabatan Perhutanan Selangor masih lagi menutup semua operasi dan aktiviti di Taman Eko Rimba, Denai dan Jalur pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa 2.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Tular Gambar Sesak Dengan Pengunjung, Bukit Broga Bakal Ditutup Mulai 27 Jun
Selepas Langkawi, Pulau Pangkor Bakal Dibuka Semula Mulai 1 November Untuk Pelancong Tempatan