Umum tahu, para pelajar pada tahun sekali lagi terpaksa menjalani cara pembelajaran yang sedikit berbeza daripada cara konvensional dengan mengamalkan norma baharu melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Kaedah yang diperkenalkan ini secara tidak langsung telah mendesak para ibu bapa untuk membekalkan anak-anak selaku para pelajar dengan sebuah peranti dalam tujuan pembelajaran harian melalui aplikasi seperti Google Meet dan Zoom.

Sehubungan dengan itu, kami pada kali ingin membantu anda dalam mendapatkan tablet yang serba cukup dan terbaik pilihan kami sesuai buat kegunaan kanak-kanak serta para pelajar.

Samsung Tab A 8.0 (2019)

maxresdefault (9)
Sumber: Mynexttablet

Tablet yang menjadi pilihan kami adalah Samsung Tab A 8.0. Sebab utama kami memilih model ini sudah pastinya harganya yang mampu milik dan sudah pastinya menyokong Google Mobile Service (GMS) bagi membolehkan para pelajar mudah mengakses aplikasi Google Meet dan Zoom.

Mulai dilancarkan pada 2019, model dengan berat 345gram ini hadir dengan skrin 8-inci yang pada kami sudah cukup memadai buat kegunaan pembelajaran. Model in dikhususkan untuk kegunaan asas seperti melayari laman web mahupun menonton video.

Spesifikasi

ezgif-4-7f8a87d1c3ab

Dari segi spesifikasi, model ini dilengkapi dengan processor Snapdragon 429 beserta RAM 2GB. Ruang storan bagi model ini hanya sekadar 32GB namun buat pengguna yang mahu ruang storan yang lebih besar, Samsung Galaxy Tab A turut menyertakan slot MicroSD sehingga 512GB.

Sesuai buat kegunaan di luar rumah, model ini turut menawarkan bateri berkapasiti sehingga 5,100mAh untuk kegunaan tempoh yang lama sepanjang pembelajaran berlangsung.

Samsung Galaxy Tab A 8.0 hadir dengan kamera utama 8-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel. Pada kami, ia sudah cukup baik bagi tujuan pembelajaran dan interaksi bersama guru secara dalam talian.

Dilengkapi Samsung Kids Home

ezgif-4-ac69e3964c72
Sumber: Samsung

Seperkara lagi yang menarik mengenai Samsung Galaxy Tab A 8.0 adalah para ibu bapa pastinya boleh menarik nafas lega dengan adanya Samsung Kids Home dimana para ibu bapa berpeluang memantau penggunaan peranti yang diberikan pada anak-anak.

Jenamanya yang sudah dipercayai ramai pastinya membuatkan model ini menjadi pilihan berbanding beberapa lagi tablet yang mungkin lebih rendah harganya namun masih belum jelas kualitinya.

Harga

maxresdefault (10)
Sumber: Mynexttablet

Samsung Galaxy Tab A 8.0 sedia untuk didapatkan secara online malalui platform Lazada dan Shopee dengan harga serendah RM599 sahaja. Berdasarkan review di Shopee, ramai yang menyatakan mereka berpuas hati dengan pembelian model ini. Para ibu bapa yang sedang mencari tablet untuk kegunaan masa panjang dan berbaloi buat pembelajaran anak-anak boleh dapatkan Samsung Galaxy Tab A 8.0 dengan klik di sini.

Ikuti juga pandang pertama telefon pintar flagship terbaru daripada Samsung iaitu Galaxy S21 Ultra yang hadir dengan spesifikasi serba lengkap serta rekaan yang memukau.

Pandang Pertama Samsung Galaxy S21 Ultra, Rekaan Yang Lebih Kemas, Kompak Dan Premium

Lengkapkan Keperluan Harian Anda, Ini 3 Perkara Menarik Samsung Galaxy S21 Yang Perlu Anda Tahu