Johor terkenal dengan Legoland dan beberapa taman tema yang menarik. Sebenarnya, banyak lagi destinasi dan aktiviti yang boleh anda lakukan di Johor.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @fnadira_ telah berkongsi beberapa destinasi yang sesuai untuk anda lakukan aktiviti outdoor di Johor. Perkongsiannya itu telah dikongsi lebih 10 ribu retweets, jom kita mulakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Pulau Rawa

Pasti ramai sudah tahu tempat ini sebab memang famous. Tengok la view dia, cantik bukan? Tahu tak pulau ini dipanggil ‘Malaysia’s Maldives’. Banyak benda boleh buat di sana seperti snorkelling, kayak, island hopping and jungle trekking pun boleh.

2. Lata Seri Pulai

Tempat ni terletak di Pontian. Memang macam jauh sikit dari Johor Bharu tapi anda patut ke sini. Bukan itu sahaja, ada juga family-friendly resort dan banyak benda ada di sana seperti waterslide besar dengan kolam renang.

3. Gunung Pulai

Kalau anda kaki hiking, boleh cuba travel ke Johor anda cuba naik gunung ini. Ada dua jenis trail iaitu dekat dan jauh. Kalau anda jenis suka adventure boleh cuba trail yang dekat sebab perlu melalui hutan sementara trail jauh perlu lalu jalan raya.

4. RUD Karting Track

Teringin nak main go kart tapi tidak tahu nak pergi kat mana di Johor? Boleh cuba tempat ini kerana terdapat pelbagai banyak jenis karts iaitu basic cart, twins cart and advance cart. bagi sesiapa yang sudah pro bolehlah cuba advance cart untuk tunjuk skil.

5. Austin Heights Water & Adventure Park

Tempat ini ada 3 bahagian iaitu water park, adventure park dan sports & leisure park. Kesemua aktiviti di taman tema ini meyeronokkan seperti slides, zip line, ice skating rink dan banyak lagi.

Mesti anda sudah tidak sabar untuk terjah tempat-tempat yang telah dinyatakan di atas. Para ibu bapa yang pening mahu membawa anak-anak ke mana ketika cuti sekolah bolehlah pertimbangkan destinasi di Johor ini untuk berhibur bersama keluarga anda.

Sementara itu, kami kongsikan tempat makan yang sedap dan murah di Johor. Klik sahaja pautan di bawah ini.

8 Tempat Makan Yang Sedap Dan ‘Murah’ Di Johor Bahru Pasti Tidak Rugi Untuk Anda Cuba

Cawangan Pertama Eco Bakery RM2.10 Dibuka Di Johor Buatkan Netizen Teruja

Lihat Rekaan Retro Dan ‘Stylish’ Kafe Coke Pertama Dunia Yang Dibuka Di Johor Bahru