Tahukah anda akan tentang kewujudan barisan tablet keluaran Samsung yang direka khas untuk tahan lasak di dalam pelbagai senario? Samsung kini mula menawarkan Galaxy Tab Active 4 Pro untuk pasaran Malaysia.

Seperti yang diperkatakan, tablet ini mempunyai binaan yang kukuh di samping gabungan spesifikasi yang mantap bagi tujuan produktiviti. Mari kita terokai spesifikasi tablet tahan lasak terbaharu Samsung ini.

Samsung Galaxy Tab Active 4 Pro

Sumber Gambar: Samsung Malaysia

Samsung Galaxy Tab Active 4 Pro merupakan tablet Android dengan skrin bersaiz 10.1-inci yang juga menyokong resolusi WUXGA. Kemudian, dipadankan  dengan cip Snapdragon 778G yang juga menggabungkan pilihan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB terbina.

Tetapan kamera pula sebesar 13MP untuk utama dan swafoto 8MP untuk kegunaan seharian. Tablet ini turut melepasi piawaian kalis debu dan air IP68 serta rekaan yang rugged menjadikan ia tahan lasak dalam semua aspek.

Sumber Gambar: Samsung

Bateri sebesar 7,600mAh yang dibekalkan juga boleh dicabut dan dipasang mengikut keperluan pengguna. Tablet ini juga menyokong rangkaian 5G dan juga ciri NFC. Difahamkan kemas kini sekuriti akan diberikan selama lima tahun penggunaan.

Menariknya, tablet ini juga mempunyai sokongan aksesori di dalam ekosistem seperti papan kekunci atau S pen  yang bakal memudahkan anda melakukan tugasan di dalam seharian. Bukan itu sahaja, anda boleh gunakan tablet ini seperti komputer menerusi Samsung Dex.

Harga

Berkenaan harga pula, anda yang berminat boleh dapatkan tablet produktiviti serba lasak ini pada harga RM3,299 menerusi pengedar sah Samsung di seluruh Malaysia.

Sumber