Semalam, aku naik bas dari LRT ke office. Aku duduk dekat seat paling depan, dekat dengan pintu masuk bas. Tiba dekat satu bus stop ni, ada dua orang lelaki naik bas (tak pasti berbangsa Bangladesh atau India – yang pasti gaya diorang bukan rakyat Malaysia). Dia hulur RM10 nak bayar tambang dekat driver bas. Driver kata:

“Tambang RM4 (RM2 seorang). Turun dulu, tukar duit kecil. Nanti naik bas lain.”

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Maksudnya, driver suruh diorang (mereka) tukar dulu duit RM10 kepada duit kecil dan tunggu bas seterusnya tiba. Muka dua orang ni sangat terpinga-pinga. Sama ada dia kurang faham bahasa Melayu, atau dia memang blur tak tahu nak buat apa, atau dia tak nak turun bas sebab nak cepat (yela kalau turun and pergi tukar duit, nak dapatkan bas seterusnya dah makan masa lebih setengah jam nak kena tunggu).

Salah sorang daripada diorang keluarkan dompet, dan tunjuk yang dia hanya ada dua keping RM1 (RM2 lah kiranya). Bermakna, tak cukup another RM2. Aku pun cepat-cepat keluarkan duit dan hulur RM2 untuk tambahan kepada wang yang dia ada, untuk mencukupkan total RM4. Tapi lepas tu dia hulur RM10 yang dia ada tadi kat aku. Memandangkan aku takde duit baki dan sejujurnya aku tak mengharapkan dia bayar balik duit tu, aku cakap:

No, no… it’s okay. You take it.

Ya Allah, sayu sangat tengok muka dia. Sangat-sangat sayu. Then dia ambil duit aku tu, dan dia bayar tambang.

Tiba-tiba aku perasan dia masih tertoleh-toleh, tertanya-tanya kat orang dalam bas. Rupanya dia masih nak juga cuba pecahkan duit RM10 tu untuk dia pulangkan duit yang aku kasi tadi. Then ada seorang makcik kat sebelah dia ni kasi tukar duit kecil (kalaulah makcik ni or sesiapa dalam bas ni awal-awal volunteer nak tukarkan duit kecil, tidaklah diorang ni terpinga-pinga kena suruh turun bas, kan?).

Dia pun bayar semula RM2 yang aku bagi pada dia. Aku cakap lagi:

No no, it’s ok.

Aku menolak. Sebab aku ikhlas nak bantu. Lagipun aku macam tak sampai hati nak terima sebab tengok kawan dia dompet pun duit ada RM2 je. Tapi dia insist suruh aku ambil juga duit tu. Maybe dia segan or jenis tak suka terhutang budi. So, aku pun terima.

Segan, aku tahu waktu tu seluruh penumpang bas tengah perhati scene kitorang dalam bas ni. Tapi, scene ni tak terhenti kat sini.

That precious part is this:

Sampailah bas hampir di sekitar Jalan Semarak, seorang penumpang tekan loceng bas tanda nak turun bas, dekat bus stop berhampiran UTM. Aku perasan ada seorang pemuda India yang duduk di seat belakang, bangun menghala ke pintu depan bas (sedangkan pintu untuk turun bas adalah di belakang).

Tiba-tiba that Indian guy, berhenti dan mendekati aku, dia cakap ni kat aku:

“Kak, I am proud of you for what you have done just now!

Ya Allah. Muka aku naik merah. Segan. Terharu pun ada. Aku just sempat reply dengan nada terkejut:

“Ooooohhh.. thank you” (Aku tak sure apa ayat sesuai nak respon sebab dah terkejut sangat).

Senyum lebar je that Indian guy tu kat aku. Then, dia turun kat bus stop UTM.

Ya Allah. Waktu tu, aku macam tak tahu nak kata apa. Terharu, air mata bergenang. Sebabnya, mana nak sangka yang bila kita ikhlas buat baik pada stranger, akan ada stranger yang lain datang pada kita dan beritahu dia proud and appreciate apa kita buat, kan?

Hebat betul perasaan bila kita buat baik, dibalas dengan sesuatu yang baik. Berbunga-bunga terus aku seharian tu. Terus berazam nak lagi kerap membantu orang.

So morals of the story atas apa yang berlaku:

  1. Do good. And good things will come your way!
  2. Berbuat baik kepada sesiapa selagi mampu. Regardless of their race, religion, gender, etc.
  3. Kalau tak ada orang lain yang mulakan buat perkara baik, kita yang patut mulakan dulu! Then, someone else will follow our good act.

Contoh, macam makcik yang willing to tukar duit kecil dengan that Bangladesh guy tadi. Mungkin pada mulanya makcik tu tak terfikir nak bantu dia. Then bila dia tengok someone else bantu, dia pun tergerak hati untuk bantu.

Ingat, jangan harap orang lain saja yang berbuat baik dengan kita. Kita sebenarnya yang perlu mulakan bertindak! Sebab, perkara berbuat baik ni berjangkit-jangkit. Bila sorang buat baik, orang lain yang nampak akan berbuat perkara yang sama. Dan begitulah seterusnya.

Salam Jumaat. Moga kita semakin diizinkan Allah untuk terbuka hati dalam berbuat baik.

[NOTIS : POST NI SANGAT PANJANG.]Semalam, aku naik bas dari LRT ke office. Aku duduk dekat seat paling depan, dekat…

Posted by Syuhada Zulkifli on Thursday, January 14, 2016